PETUA ORANG TUA-TUA…ADAKAH BENAR….ATAU HANYA UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN KITA ?

ASSALAMUALAIKUM..

kali neh aku dapat artikel menarik
mengenai petua-petua org2 tua..
ada kalanya baik ..ada kalanya ntah nak cakap la kan....
haha


kali neh aku jumpa benda neh ..
dari seorang hamba ALLAH..
soalannya ::

Apa komen Ustaz ??
  
Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

WALLAHUALAM.....


jawap USTAZ...

Terima kasih …di atas soalan yang diajukan…..
sememangnya ..
tidak dinafikan di dalam masyarakat orang Melayu..
kejadian kejadian tertentu menjadi kepercayaan spiritual di kalangan masyarakat orang Melayu…..
yang ada kaitan dengan pelanggaran pantang larang sebagaimana yg telah disebutkan di atas tadi…
Tidak dinafikan ada di antara petua dan pantang larang yang baik dan boleh dijadikan panduan….
tetapi ada pula petua-petua yang terlampau berlebihan kepercayaan karut dan tahyulnya..
malah ianya menyalahi syariat agama sehingga boleh merosakkan akidah umat Islam .

Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat suatu hadis nabi saw yang bertaraf shahih:

وَقَالَ عَفَّانُ حَدَّثَنَا سَلِيمُ بْنُ حَيَّانَ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مِينَاءَ، قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ، وَفِرَّ مِنَ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنَ الأَسَدِ

Dari Abu Hurairah radhiyallahu-yang menceritakan; 
Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam telah bersabda;
 “Tidak ada jangkitan penyakit (tanpa takdir Allah),
 tiada alamat sial sesuatu, 
tiada sial burung terbang malam 
(atau tiada ruh orang mati dibunuh yang menuntut bela) 
dan tiada Safar.
Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa


ULASAN ::

1.‘Adwa;

Adwa bermaksud jangkitan, 
yakni penyakit yang boleh berpindah dari pengidapnya kepada orang lain
 seperti penyakit kulit atau lainnya.
 Orang-orang Arab dahulumempercayai bahawa penyakit itu sendiri mempunyai kuasa untuk berpindah 
atau berjangkit kepada orang lain lain atau kepada binatang lain (jika sesama binatang).


Maka Nabi ingin membentulkan tanggapan mereka dengan menegaskan 
“Tidak ada jangkitan penyakit”, yakni tidak ada penyakit yang boleh berjangkit dengan sendiri melainkan
Allah yang mentakdirkan.

(Tuhfah al-Ahwazi, juz. 5, bab ma ja-a fi „adwa wa haamah wa
shafar).


2. Thiyarah;

At-thiyarah  Bermaksud mempercayai sial sesuatu
 (yakni malang yang akan menimpa kerananya) 
seperti mempercayai sial burung, biawak dan sebagainya.


Contohnya,
 seseorang keluar dari rumahnya untuk suatu urusan,
 tiba-tiba seekor biawak melintas di hadapannya, 
lalu ia berpatah balik 
(kerana menganggap hari itu adalah hari sial berdasarkan kepercayaan dirinya atau masyarakatnya), 
maka perbuatannya itu tergolong dalam syirik kerana bergantung hati kepada selain Allah dan tidak bertawakkal kepadaNya.

Orang Arab Jahiliyah dahulu apabila keluar untuk suatu urusan, jika ia melihat burung terbang di sebelah kanannya, ia akan bersangka baik dan meneruskan urusannya.

Jika ia melihat burung terbang di sebelah kirinya, maka ia akan bersangka buruk dan akan berpatah balik (yakni membatalkan urusannya kerana menganggap hariitu adalah hari sial)


3. Haamah;



Al-Haamah bermaksud sejenis burung di mana orang-orang Arab dahulu menganggap alamat buruk
 atau sial dengan kemunculannya.


Ia termasuk dalam burung yang muncul diwaktu malam (seperti burung hantu).
 Dikatakan juga orang orang Arab mempercayai bahawa orang yang mati dibunuh jika tidak dituntut bela ia akan menyerupai burung Haamah ini 
dan merayu “Berilah aku minum! Berilah aku minum!” 
sehinggalah apabila mendapat pembelaan barulah ia menghilang.

Apabila Islam datang, 
Islam telah menafikan kepercayaan ini dan melarang umat Islam mempercayainya.

(Tuhfah al-Ahwazi, juz. 5, bab ma ja-a fi „adwa wa haamah wa shafar).

Begitu juga di dalam kepercayaan orang Melayu apabila ada burung hantu yang berbunyi…
di tengah malam menandakan ada orang yang akan mati pada keesokan harinya…
bila pulak burung hantu ambil kerja malaikat maut ni?


4. Safar;

Ada dua makna bagi kalimah Safar dalam hadis di atas mengikut yang dijelaskan oleh ulamak

a)            Ia memberi makna penyakit yang menimpa perut yang disebabkan oleh
 sejenis cacing yang boleh berjangkit.

Menurut orang-orang Arab;
 ia lebih mudah berjangkit dari penyakit kulit.
 Berdasarkan makna ini, maka ucapan Nabi “TiadaSafar”
 maksudnya ialah tiada penyakit Safar yang dapat berjangkit dengan sendiri melainkan dengan takdir Allah. Tujuan Nabi ialah untuk menafikan kepercayaan orang-orang Arab tentang jangkitan penyakit sebagaimana ..Adwa tadi.

b)            Ia memberi makna bulan Safar. 
Orang-orang Arab mengharamkan bulan Safar dan menghalalkan bulan Muharram 
(yakni mereka menganjak pengharaman bulan Muharram kepada bulan Safar, atau menukar bulan Haram dari bulan Muharramke bulan Safar), 
maka dengan sabdanya itu Nabi ingin menolak perbuatan mereka.

(Tuhfah al-Ahwazi (juz. 5, bab ma ja-a „adwa wa haamah wa shafar), Syarah Soheh Muslim (juz. 7, bab la „adwa wala tiyarata….)).


5. Juzam;

Juzam adalah penyakit kusta (leprosy). 
Di dalam hadis di atas, 
Nabi menyuruh agar kita menjauhi orang berpenyakit juzam sejauh-jauhnya.


Namun terdapat hadis yang menceritakan; Nabi makan bersama orang yang berpenyakit juzam.
 Antaranya; Jabir –radhiyallahu „anhu
menceritakan; Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam memegang tangan seorang yang berpenyakit juzam dan mengajaknya makan bersamanya dalam satu talam.

Baginda berkata; “Makanlah bersamaku kerana aku percaya kepada
Allah dan bertawakk al kepadaNya”

(Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan IbnuMajah)


Oleh kerana berlaku pertembungan antara dua hadis di atas, 
para ulamak berbeza pandangan dalam masalah ini;

a)            Sebahagian ulamak berpandangan; hadis pertama tadi adalah mansuh. 
Di antara yang berpandangan sebegini ialah Saidina Umar di mana beliau turut melakukan sebagaimana Rasulullah iaitu makan bersama orang berpenyakit kusta tanpa ragu dan bimbang

.b) Jumhur ulamak berpandangan;
 hadis pertama di atas tidak mansuh,
 cuma untuk memadankan dengan hadis yang kedua, 
hendaklah difahami arahan Nabi dalam hadis pertama tadi 
(iaitu arahan supaya menjauhi orang berpenyakit juzam) 
sebagai arahan sunat dan ihtiyat, 
yakni digalakkan menjauhinya sebagai langkah berjaga- jaga dari jangkitan,
 namun jika ingin mendekatinya tidaklah diharamkanberdalilkan hadis yang kedua ini.

(„AunulMabud, juz. 8, bab Fi at-Thiyarah)


Dan ada pula ulamak yg berpendapat..
barangsiapa yang memiliki tawakkal yg tinggi kepada Allah iaitu keyakinan bahawa penyakit tidak akan berjangkit sekiranya Allah tidak mengizinkan 
maka bolehlah dia bergaul dengan mereka yang menghidapi penyakit yang berjangkit….
sekiranya mereka mempunyai tawakkal yang rendah…
tidak yakin maka adalah lebih baik dijauhi orang yang terkena penyakit seumpama lari dari singa.


Kesimpulan 
yang kita dapat fahami daripada hadis ini ialah…
tidak ada pantang larang dan kepercayaan yang berlaku itu boleh melawan kuasa dan takdir Allah…
adalah salah jika kita menyalahkan seseorang melanggar pantang larang hingga menyebabkan dia ditimpa malapetaka atau sial….
kerana segala yang baik dan buruk yang menimpa kita adalah ketetapan 
dan ketentuan Allah yang tiada kaitan dengan kuasa makhluk.


Oleh itu kepercayaan yang berbentuk ramalan seseorang itu akan ditimpa sial 
atau pun kecelakaan adalah karut dan khurafat yang diharamkan oleh Islam….


Namun tidak dapat dinafikan juga ada petua yang bertepatan dgn hadis dan larangan nabi saw..
seperti orang tua melarang kita keluar rumah waktu magrib dan menyuruh kita menutup segala pintu dan tingkap…
kerana ada hadis Nabi saw yang melarang kita keluar pada waktu maghrib lantaran waktu inilah banyak syaitan yng berkeliaran.

Sekiranya petua itu baik dan ada sandaran hadis nabi saw atau sandaran ilmiah
 maka tidak mengapa dipercayai….
tetapi sekiranya ianya berkaitan dengan penetapan baik buruk… 
bala..malang..ditimpa sakit.. jatuh miskin…cacat..mati….bencana ..sial yang melawan ketetapan
 dan melampaui kuasa Allah maka hukumnya haram kita mempercayainya.


Jadi nasihat saya petua yang dipostkan pada saya di atas berkenaan pantang larang bayi adalah tidak boleh dipercayai…
apatah lagi ianya dipercayai berasal dari pengaruh hindu….
yang suka meletakkan kejadian itu disebabkan sial yang boleh mendatangkan kecelakaan..
hingga menafikan sesuatu itu datang dari Allah.


Teringat dengan suatu pantang larang orang tua-tua…..
jangan makan dalam periuk nanti bila kita berkahwin hari hujan….
bila pegi kenduri kahwin baru-baru ni….
banyak kenduri pada bulan ni yang diadakan dalam keadaan hujan lebat….
itu pasal makan dalam periuk ke memang dah musim hujan????

Teringin sangat nak tanya pengantin…
ni hujan lebat ni sebab dulu masa bujang suka makan dalam periuk ke…….
tapi tak berani nak tanya….
takut kena ludah tang muka….
ha ha ha ha ha……

kita sebagai manusia yg dikurniai nikmat iman dan Islam
perlulah sentiasa menjaga diri kita dan org sekeliling kita
daripada perkara2 khurafat
hindarilah ia..


..........................


........................................
credit to :: uSTAZ

~hidup bukan ujian yang disangka indah~


2 comments:

Shahrul said...

kalau burung masuk dalam rumah, then mati.. cam ne tu ?

Unknown said...

burung masok rumah n mati??

takdir la mungkin.. burung tuh dah sampai ajalnya