UNTUK APA AIR MATA INI MENGALIR…???

ASSALAMUALAIKUM


air mata adalah suatu yg amat berharga buat diri ini..

andai ia mengalir 
mungkin air mata kegembiraan,

andai ia mengalir 
mungkin air mata kesedihan,

andai ia mengalir
mungkin air mata keinsafan,

andai ia mengalir
mungkin air mata kekecewaan,

andai ia mengalir
air mata itulah yg paling bernilai

kerana manusia ini mempunyai sebab tersendiri 
mengapa ia mengalir,



 RENUNGILAH!!!
SEBAB MENGAPA AIR MATA MENGALIR..
DAN IA MENGAPA PERLU MENGALIR ???

قال أحد الحكماء : أصحاب الغم والحزن في الدنيا ثلاثة


SEORANG BIJAK PANDAI ADA MENYATAKAN….
ORANG YANG MERASA SEDIH .. KECEWA DAN MENGALIRKAN AIRMATA 
DI DUNIA INI ADA TIGA GOLONGAN:

- 1 محب فارق حبيبه
- 2ووالد ضل ولده
- 3 وغني فقد ماله

1 –Si pencinta yang berpisah dengan kekasihnya.
2- Si anak yang kehilangan ayahnya
3- Si kaya yang kehilangan hartanya


Maksudnya…
tiga perkara inilah yang menyebabkan manusia susah hati…
sanggup berkorban…
dan bermatian kerananya….
kehilangan tiga perkara ini akan menyebabkan kesedihan yang amat sangat….
kehampaan yang mencengkam jiwa…
mengeluarkan tangisan…
yang cukup mengharukan…
kerana memang manusia amat mementingkan :

1-Cinta
2- keluarga
3-Kaya raya


Cuba teka kita bekerja keras siang dan malam kerana apa ? 
sudah tentu kerana……

1 – Untuk membahagiakan pasangan yang tercinta
2- Untuk kesenangan kita sekeluarga
3- Supaya kita ada harta yang ditinggalkan


Tanpa kita sedari…
cinta kita kepada tiga perkara ini….
tangisan kita kepada tiga perkara ini…..
kesedihan kita kepada tiga perkara ini …..
sebenarnya melebihi dari cinta kita kepada Allah….
tangisan kita kerana mengingati Allah….
kesedihan kita kerana jauh daripada Allah…..
Kita tidak pernah bersedih jika sembahyang kita tidak sempurna…
puasa kita tidak sempurna….
sedekah kita tidak sempurna….. 
ibadah kita tidak sempurna..kita hanya ketawa apabila kita melakukan dosa….
tanpa kita sedari…
bahawa kita sedang ketawa menuju ke neraka….
yang penuh siksa…?

Nauzubillah…nauzubillah…..!!


Kita tak seperti Rasulullah saw..yang bangun di tengah malam..
bertahajjud mengadap Allah…
merayu…
memohon….
bermunajat….
dengan linangan airmata yang deras mengalir sehingga membasahi janggut baginda…….
sedang nabi saw maksum..
tiada dosa…
dijamin syurga……..!!!


Namun kita…?.
.kita……?...kita……kita…….
tak pernah nak mengalirkan airmata pada situasi begini….
mungkin hati kita dah mati agaknya…..
ketawa..ketawa…ketawalah….
sepuas-puasnya….
kerana barangsiapa yang banyak ketawa di dunia akan menangis di akhirat…
dan barangsiapa yang banyak menangis di dunia ini..
kerana mengerjakan suruhan Allah…
akan ketawa di dalam syurga Allah di akhirat nanti………..


Sesungguhnya kitalah manusia yang melupakan Allah….
dengan tiga ujian yang Allah kurniakan dalam bentuk…..
nikmat ataupun musibah……
Ya Allah ampunkanlah dosaku…..
kerana lalai dalam mengingatimu……
jangan kau siksa diriku…..
di atas kejahilan dan kelalaianku………


sama-sama lah kita menginsafi akan kelemahan diri kita.

hayatilah lagu ini 
PENGASIH nyanyian -IWAN


nurkilah penceramah perak fm



sebagai manusia ..ingatlah senantiasa

~hidup bukan ujian yg disangka indah~

6 comments:

Muhammad Adam bin Roslan said...

tq for remind us...

Unknown said...

wlcome adam..:))

Lutfi Azmi said...

time kasih selalu mrngingatkan diri yg sering lalai ini

Unknown said...

sama2 pejuang cinta

si froggy said...

like :)) thnx igtkn...

Unknown said...

wlcome :)))