HUKUM HOMOSEKSUAL , DAN LESBIANS

ASSALAMUALAIKUM...

KALI NEH NAK KASI PENERANGAN JELAS MENGENAI 
HUKUM 
HOMOSEKSUAL , DAN LESBIANS





MARI LAH KITA MEMAHAMI APA ITU
HUKUM HOMOSEKSUAL , DAN LESBIANS


Istilah Homoseksual berasal dari bahasa Inggeris “Homosexual” yang berarti 
sifat laki-laki yang merasa ghairah terhadap lelaki 
dan 
ghairah kepada lelaki 
dan
 ghairah itu mendorong kepada hubungan seks dengan sesame lelaki.



Sedangkan Lesbian, 
berarti sifat perempuan yang merasa ghairah sesama perempuan 
dan
 perasaan ghairah itu mendorong mereka melakukan hubungan seks dengan sesama jenis


Jadi dapat ditarik kesimpulan bahwa Homoseksual adalah hubungan seksual antara orang-orang yang sama kelaminnya, baik sesama lelaki ataupun wanita. 
Namun, biasanya istilah Homosex itu dipakai untuk seks antara lelaki; 
sedangkan untuk seks antara sesame wanita, disebut Lesbian (Female Homosex). 
Lawan Homosex adalah Heterosex, 
artinya hubungan seksual antara orang-orang yang berbeda kelaminnya (seorang lelaki dengan wanita).


Homoseksual (Liwath, bhs. Arab) dilakukan dengan cara memasukkan penis (Zakar, bhs. Arab) kedalam anus (Dubur, bhs. Arab);

Sedangkan lesbian dilakukan dengan cara melakukan masturbasi satu sama lain atau dengan cara lainnya untuk mendapatkan orgasme (puncak kenikmatan atau climax of the sex act).


SEJARAH HOMOSEKSUAL


. Umat (bangsa) yang terkenal Homoseksual dan Lesbian

Di dalam Al-Qur’an, ada diceritakan tentang sifat-sifat kaum (umat) Nabi Luth yang terkenal dengan Homoseksual.
 Mereka tidak mahu mengahwini perempuan, 
kerana mereka sangat gemar melakukan hubungan seks dengan sesama lelaki.

Tatkala Nabi Luth menawarkan beberapa orang perempuan cantik untuk dikawini,
 maka mereka menolaknya dengan mengatakan ::: 
kami sama sekali tidak menginginkan perempuan,
 kerana kami sudah memiliki pasangan hidup yang lebih baik:
 iaitu laki-laki yang berfungsi sebagai teman hidup dan dapat membantu kelangsungan hidup kami, 
ia pun boleh digunakan untuk melampiaskan nafsu seksual.

Oleh kerana itu, 
ketika Nabi Luth didatangi oleh para Malaikat utusan Allah yang tampan menyamar sebagai pemuda rupawan, 
maka ia merasa cemas karena mereka mengira bahwa 
mereka (Malaikat) itu adalah manusia biasa yang menemuinya.

Timbulnya kerisauan di hati Nabi Luth, 
karena dibayangkannya bahwa tetamu-tetamunya itu akan menjadi rebutan yang hebat dikalangan kaumnya karena mereka sangat gemar terhadap pemuda-pemuda yang kacak dan tampan. 
Ia merasa bahwa gejolak perasaan sukakan lelaki yang ditimbulkan oleh kaumnya dalam hal tersebut, 
sukar untuk diatasinya dan pasti banyak akan menimbulkan korban jiwa, 
di samping itu juga Nabi Allah Luth merasa amat malu terhadap tetamunya itu.

Ada beberapa ayat Al-Qur’an yang menerangkan sifat-sifat kaum Nabi Luth, antara lain :

"(Nabi Luth berkata kepada kaumnya): 
mengapa kamu mendatangi (menggauli jenis laki-laki) diantara manusia? 
Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh tuhanmu untukmu,
 bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas"



"Dan tatkala datang utusan-utusan kami (para Malaikat) itu kepada Luth, 
dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, 
dan dia berkata: saat ini adalah hari yang sangat sulit. 
Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. 
Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji (Homoseksual). 
Luth berkata: hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama) ku terhadap tamuku ini.
 Tidak adakah diantaramu seorang yang berakal?
 Mereka menjawab: sesungguhnya kamu telah tahu, bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki."


Lalu Allah turunkan hujan batu daripada langit dan diterbalikkan negara mereka itu 
dan matilah mereka dengan penuh kengerian dan kesesatan.
Allah menyelamatkan Nabi Allah Luth dan beberapa orang yg beriman dengan Allah.

Jadi, perbuatan Homoseksual itu bermula semenjak dahulu kala hingga sekarang ini.
Malah perbuatan ini ini banyak berlaku dimasyarakat Negara sekular atau di Negara Barat…d
engan peruntukan undang-undang yang melindungi mereka. 
atas nama hak kebebasan manusia.

Perbuatan Homoseksual tersebut tidak dilarang oleh undang-undang di Negara yang berfahaman sekular, 
dan tidak dikategorikan sebagai pelanggaran tata susila. 
Dan kalaupun ada larangan bagi mereka itu hanya bertujuan untuk membenteras kemungkinan terjadinya beberapa macam penyakit yang sering timbul dari perbuatan Homoseksual dan Lesbian; 
misalnya penyakit kanser kelamin, AIDS dan sebagainya. 
Oleh karena itu perbuatan Homoseksual dan Lesbian paling banyak di amalkan di negara Barat,
 yang budaya Homoseksual dan penyakit berbahaya yang ditimbulkannya, 
sampai menular ke negara asia tenggara mahupun di tanah air kita melaui filem..
budaya kuning ikutan muda mudi..
pembacaan di internet yg membenarkan golongan ini menyampaikan fahaman 
dan anutan mereka dan pelancong-pelancong mereka ke negara ini..




Perbuatan kaum Homo, 
baik seks antara sesama lelaki (Homoseksual),
 merupakan kejahatan (Jarimah/Jinayah, bhs. Arab) 
dan 
mereka ini wajib dihukum bunuh 
menurut undang-undang Islam.


وللفقهاء في مرتكب هذه الجريمة مذاهب: الأول أنه كالزاني فيرجم المحصن ويجلد البكر مع التغريب. واستدلوا بما في البيهقي من حديث أبي موسى (إذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان) وهو حديث ضعيف. ولو كان صحيحاً لما كان يدل على أن حد مرتكبه كحد الزنا وإنما يدل على أنه من جملة الزناة. الثاني: وهو الراجح أنه يقتل الفاعل والمفعول به مطلقاً لما في الترمذي وأبي داود وابن ماجه وغيرهم أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من وجدتموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول به) وهو حديث صحيح صريح

Ada beberapa ketetapan para ulamak feqah kepada mereka yang melakukan jenayah liwat(homoseksual):

1-            Hukumnya sama macam penzina…maka hukumnya direjam bagi yang Muhsin(sudah berkahwin) dan disebat bagi yang belum muhsin (belum berkahwin) dan dibuang daerah.
Pendapat ini lemah menurut pandangan ulamak kerana hadis yang menyatakan peliwat itu sama dengan penzina adalah riwatyat yang lemah)

2-            Yang kuatnya ialah kedua-dua yang melakukan liwat itu dijatuhkan hukuman mati berdasarkan hadis riwayat Imam Turmizi dan Abi Daud dan Ibnu Majah:


أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من وجدتموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول به) وهو حديث صحيح صريح

Ertinya : Barangsiapa yang kamu dapati melakukan kerja-kerja kaum luth maka bunuhlah si pembuat (peliwat) dan yang kena buat (yang diliwat dgn rela)


Walaupun menurut pendapat Imam Abu hanifah …
pelaku Homoseksual itu tidak dikenakan hukuman hudud hanya dikenakan takzir
 mengikut kebijaksanaan Imam/Qadhi untuk menetukan jenis hukuman..
tetapi jika perbuatan itu dibuat berulang kali maka 
hendaklan dibunuh juga dibawah peruntukan takzir ..
bukan hudud.


Manakala bagi perbuatan lesbians pula ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa si pelakunya itu dikenakan hukuman takzir….

Oleh itu…
jauhilah perbuatan Homoseksual dan Lesbians ini yang merupakan dosa besar 
dan penyebab kepada banyak penyakit berbahaya yang membunuh ramai manusia….
malah perbuatan in jugalah yang menyebabkan Kaum Luth 
dimusnahkan oleh Allah dengan bencana yang cukup mengerikan




JIKA ANDA ADA KAWAN SEBEGINI
Hendaklah anda menasihati kawan anda itu agar meninggalkan perbuatan ini dengan segera 
dan ceritakanlah kepada dia tetang azab dan bala bagi orang yang melakukannya…….
nasihatlah dia dengan berhikmah…
agar dia boleh menerima nasihat kita…….

Marilah kita menyokong perlaksanaan hukum Islam 
bagi mengatasi masalah ini…
hanya Islam sahajalah penyelesaian.


credit to ustaz

SEGERALAH BERTAUBAT..

dan ingatlah sentiasa

kita diciptakan untuk melaksanakan semua perintahNYA,
bukan mengingkariNYA..
KERNA JIKA KITA LEKA,
JIKA KITA LALAI,
AZAB DARINYA PASTI TIBA..

ingatlah sentiasa..

~hidup bukan suatu ujian yang disangka indah~

No comments: