JIKA ALLAH MENGHENDAKI . . .

ASSALAMUALAIKUM

kali neh aku terjumpa artikel yg agak sangat2 menarik perhatianku
 iaitu
JIKA ALLAH MENGHENDAKI


pernah dengar x statement ni..
statement yg saangat femes..

yg aku pun jadi x sure sape yg mula2 cakap...

"Jika Allah menghendaki kebaikan kepada kamu, maka datanglah seluruh makhluk di bumi dan di langit sekalipun, tiada yang akan dapat menghalang kamu daripada memperolehinya dan jika Allah menghendaki keburukan kepada kamu, maka datanglah seluruh makhluk di bumi dan di langit sekalipun, tiada yang akan dapat menyelamatkann kamu daripadanya"

(i think it sounds someting like this... x ingat sangat)

  
femes sangat ayat tu....
dan 
rasanya sumua org beriman akan setuju dgn ayat tu... 
tapi berbezanya antara setuju, dan betul2 merasai kedudukan ayat tu....

  
kalo aku recall2 balik....
seumur hidup aku.... 

in a way it was very 'easy' kot....

  
xde pun macam rakyat Palestin.... 
nak pergi sekolah pun kena halang....
nak dapat makanan pun kena halang...
dan byk lagilah kena halang...


while me...

sangat jarang kot....
aku nak sangat2 sesuatu tu....
tapi dihalang oleh manusia....

(yeke jarang? ke aku je yg dah lupa haha)


still.... 
when I am in this state....
iaitu apabila nk sesuatu....
 tapi ada manusia yg menghalang.....
di saat-saat beginilah....

aku betul2 akan kembali kpd Allah.... 
dalam meminta sesuatu tu....
barulah betul-betul merasakan... 
bahawa aku ni mmg seorang manusia yg lemah....
yg kalau sekadar dgn usaha aku sahaja... 
knfm2 x mampu utk dapat benda tu....
 kalau bukan dgn pertolongan Allah

kalau x.... 
mesti aku akn slalu fokus dan bermain di lingkaran yg bergelar 'usaha'
dan doa pun hanya doa2 macam tu jelah....
tidak menitiskan air mata pun.....



"Maka dia berkata (kepada mereka), "Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun".
Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu
Dan dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

(Nuh 71:10-12)


Surah Nuh....
itu surah pertama yg aku hafal apabila aku bertekad nak hafal Quran dulu...
sejak melalui tafsir surah tulah aku perasan....
macam ne...
kalo kita beristighar....
hakikatnya Allah akan bagi kita dunia jugak,
 di samping of course akan memberi kita akhirat kita gak...


aku sedar....

apabila mendengar huraian kisah penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim...
bahawa tidak seperti Nabi Ibrahim... 
aku gagal dalam ujian Allah....
aku khianati apa yg diberikanNya....

setelah aku memohon utk diberikan....
maka aku jugak sedar....
xde cara lain utk aku memohonnya kembali....
melainkan banyakkan beristighfar dan bertaubat....
serta meningkatkan ibadahku....

semoga dengan ini Allah akn mengampuni dosa-dosa aku....
 dan memberikan apa yg terbaik utk aku....

 padamlah dosa kita dgn bertaubat!!!


credit to :: izzuddin yusuf


 ~~Di mana ada gula, di situ ada semut. Apa saja Allah suka, itu kita rebut.~~



RENUNGLAH MASA HADAPAN KECAPILAH KEJAYAAN



gambo neh xdak apa2 pon saja ja..
sronok beno teropongnya

renungkan kata2 neh::

“Success is not the key to happiness. Happiness is the key to 


success. If you love what you are doing, you will be successful.”


Herman Cain

.,.,..,..,.,.,.,.,.,,.,.,..,.,..

success is  the beginning of something very valuable in our life..

.,.,.,.,.,..,.,.,.,..,.,.,..,.,.,.,

jika kejayaan yg kita inginkan ingatlah


waLAU DI mana kita berada..REZEKI n NIKMAT ALLAH 

kpd hambaNYA tetap ada..

.,.,,.,.,.,.,..,.,..,.,.


Di mana ada gula, di situ ada semut. Apa saja Allah suka, itu kita rebut.




akhir kata..
~~sayangilah diri anda dan orang disekeliling anda senantiasa~~



BUAT BAIKLAH KEPADA SAUDARAMU!!!

ASSALAMUALAIKUM

pernahkah anda memusuhi orang lain??
pernahkah anda mengkhianati orang lain??
pernahkah anda menyayangi orang lain??

jika pernah menyayangi orang lain bertuahlah anda kerana

sabda Rasulullah s.a.w :: 
tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.


artikel ini ku ambil dari ustaz munawir. mengenai seorang hamba Allah dan jjirannya

inilah kisahnya


Baru-baru ini…
ada seorang anak murid pengajian yang menceritakan tentang jirannya…
yang suka mencari gaduh dengannya…..
adakalanya jirannya itu memaki hamun dirinya hanya kerana sebab yang tidak munasabah…..

“Ustaz ,…
.hari tu dia maki hamun saya kerana kononnya daun pokok mempelam saya banyak jatuh ke lamannya…menyebabkan dia penat menyapu…
”Saya pun apa lagi ustaz potong ranting pokok yang menghala kerumahnya…
takut kalau ada lagi daun yg gugur…
ke laman rumahnya…
tetapi dia tetap mengatakan daun pokok mempelam saya jatuh ke rumahnya…
yang herannya ustaz …
memang saya yakin tak ada lagi daun yang gugur ke laman rumahnya….
Saya pun ambil keputusan untuk menebang pokok mempelam yang amat saya sayangi itu kerana jasanya banyak kepada kami… 
bagi saya inilah nikmat yang dikurniakan Allah kepada kami….
sehingga saya sekeluarga dapat merasai nikmat keenakan buah yang tak jemu berbuah untuk kami.

Sedihnya tuhan aje yang tau ustaz……
menebang pokok….
mempelam kesayangan kami…..
anak-anak saya menangis….
sedih…..!!!
 tapi ustaz saya mengaji ngan ustaz…
ustaz kata …
kita kena hormati jiran…
jaga hati jiran….
jadi saya rasa tindakan saya ini betul….
Ustaz saya seronok dengar janji 
Nabi saw di dalam hadisnya…
bahawa barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah berbuat baik dengan jirannya….
ustaz…
saya nak masuk syurga…..
saya nak sangat-sangat masuk syurga….
saya tak mahu hanya kerana sebatang pokok mempelam ini saya tak dapat masuk syurga…..!!!!


“Ustaz tak lama selepas saya menebang pokok mempelam kesayangan kami…..
timbul pula masalah lain denga jiran kami…..
jiran kami menuduh tangki najis tandas kami busuk dan berbau sehingga mengganggu dirinya dan keluarganya….
menyebabkan dia tidak ada selera nak makan.
”dan katanya banyak lalat yang bertandang ke rumahnya menghinggapi makanan…
dan dia mengugut akan menyaman saya jika dia dan keluarganya menghidapi penyakit taun.’

“Ustaz atas dasar sabar dan beriman dengan janji Allah…..
saya hubungi Indah Water….
dan membayar dengan harga yang mahal jugak semata-mata menyedut…
najis yang kononnya melimpah ruah dari tangki najis rumah saya.
” Jiran saya pula dengan muka bengis berdiri bercekak pinggang memerhatikan upacara menyedut najis itu.”

Ustaz…
sebenarnya tak ada bau busuk pun….
sebab tangki najis saya ok.takde masalah…
sebab kata pegawai dari Indah Water tangki saya takde masalah….
kenapa panggil kami….
kami tengok takde pun limpahan najis..? 
Saya jawab kepada pegawai tu…… 
jiran saya yang kata tangki tandas saya bermasalah ada bau busuk yang berpunca dari tangki tandas rumah saya …!!

Ustaz tahu apa pegawai tu jawab..? 
Bukan tangki najis rumah awak yang busuk…
tetapi hati jiran awak tu yang busuk……
lebih busuk dari tangki najis rumah awak….!!!
” Ha ha ha saya ketawa sambil mengelengkan kepala…
geli hati ustaz….!!!
Ustaz tak lama setelah itu….
suatu hari…
datang …
penguatkuasa dewan bandaraya ipoh …
bahagian kesihatan dan kawalan penyakit…..
buat pemeriksaan di rumah saya….
Ya Allah saya amat terkejut ustaz….
saya bertanya kepada pegawai kenapa tiba-tiba dating mengejut..
dan kenapa hanya rumah saya sahaja yang diperiksa…
sedangkan rumah orang lain tidak diperiksa…..
pegawai itu menjawab….
jiran sebelah rumah awak buat laporan yang rumah awak kotor…
dan laman rumah awak ni banyak sampah sarap yang menyebabkan nyamuk banyak membiak…..
maaf encik setelah kami periksa…
laman rumah encik ni bersih dan takde masalah…
maafkan kami….
kerana kami hanya menjalankan tugas mengikut laporan dan aduan yang kami terima.”

Ustaz…..
saya rasa macam dah tak boleh bersabar lagi…..
perlukah saya pergi kerumahnya dan tumbuk aje mukanya……
Ustaz saya rasa macam diperbodohkan aje……
apa yang perlu saya lakukan ustaz….??
adakah perlu saya jual rumah ini dan berpindah dari sini??

Ustaz kenapa orang yang selalu mengaji dan nak ikut Islam selalu diuji sebegini?......
tolonglah beri jawapan agar jiwa saya tenang.

jawapan USTAZ:::

Tuan…..

Terima kasih atas soalan yang diberikan dan saya amat-amat bersimpati dengan keadaan tuan…Diharapkan tuan banyak bersabar dan anggaplah ini adalah ujian Allah yang diberikan olehnya sebagai penebus dosa kita
 dan 
seterusnya menjadikan kita bersih dari dosa 
dan 
dimasukkan kita ke dalam syurga yang dijanjikannya.

Nabi saw pernah mengingatkan kita bahawa diantara tanda-tanda orang beriman itu ialah mereka yang menjaga hubungan antara dirinya dengan orang lain.
Sikap menyambung silaturrahim merupakan sifat yang amat dipuji di dalam Islam kerana 
menjaga kesefahaman dan kesatuan merupakan asas kekuatan umat Islam.
Maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan sifat ini sebagai tanda keimanan dan merupakan kunci menuju ke syurga Allah.

Sabda Nabi saw:

{ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ عَنْ أَبِى حَصِينٍ عَنْ أَبِى صَالِحٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ .

Ertinya :

Sabda Rasulullah saw 
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya…
dan 
barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya..
dan 
barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap perkara yang baik ataupun diam

Di dalam hadis ini..

Nabi saw menyeru umatnya agar menjaga tiga perkara yang menjadi asas kesefahaman dan kesatuan umat Islam…
iaitulah

1-            Menjaga hubungan kita dengan masyarakat yang berjiran dengan kita.
2-            Menjaga hubungan kita dengan masyarakat yang menjadi tetamu kita
3-            Menjaga percakapan dan perkataan kita ketika berkomunikasi dengan masyarakat yang berhubungan dengan kita.

berbaiklah sesama jiran

Menurut ulamak hadis…
mana –mana individu yang tidak menjaga hubungan dengan jirannya dan menjaga hak berjiran adalah seorang yang jahat tingkahlakunya..
dan layak mendpat kemurkaan Allah dan bakal dimasukkan ke dalam neraka.

Barangsiapa yang memberikan layanan yang buruk kepada tetamunya. 
Maka dia itu.adalah orang yang jahat akhlaknya.

Barangsiapa yang menggunakan mulutnya untuk mencaci dan memaki hamun saudaranya maka
 dia itu adalah orang yang jahat akhlaknya.

Bagi sesetengah orang mungkin cerita adab berjiran ni perkara kecil…..
tetapi sebenarnya…
dari perkara sebeginilah yang akan membawa bala yang lebih besar.

Nabi saw pernah manyatakan bahawa sekiranya seseorang itu ingin diketahui perangainya adakah baik ataupun tidak maka tanyalah jirannya……
jika jirannya memujinya dengan perkataan yang baik ..
maka baiklah dia..
tetapi 
sekiranya jirannya mencelanya dengan kata yang keji maka dia itu jahatlah orangnya.

Di harapkan tuan bersabar dengan tingkahlaku jiran tersebut dan teruskanlah melayannya dengan baik….
ingatlah tuan setiap caci maki…
fitnah..
tuduhan…
si jiran ini semuanya akan menjadi pahala..
kepada tuan…
dan ada dosa kita yang Allah ampunkan…
insyaallah sekiranya tuan bersabar dan yakin dengan apa yang dinyatakan oleh Nabi saw tentang janji Allah……..
tuan akan dimasukkan ke syurga Allah melalui pintu pahala berjiran.

Saya doakan tuan…
Berjaya dan bahagia….
kita doakan kepada jiran itu..
agar Allah bukakan pintu hatinya untuk berhijrah menjadi jiran baik…
kerana jika tidak….
Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan perbuatannya itu…

Apatah lagi di akhir zaman…
ini balasan Allah itu akan dapat dilihat di dunia ini lagi.

akhir kata.. hidupkan lah semangat kejiranan...
agar ia tersemat dalam diri kita senantiasa..



................................
“BARANGSIAPA YANG MENCARI JALAN YANG MEMBAWA DIA KEPADA ILMU 
MAKA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN MENUJU KE SYURGA.”

~~renung2 kan dan selamat beramal~~

ANGRY BIRD YG TERBARU KOT~~ GASING VERSION

ASSALAMUALAIKUM..

kali neh neh aku nak habaq dekat hangpa semua pasai 
permainan angry biry..
jika sebelum neh aku ada crita pasal 

ANGRY BIRD : DARI PERSPEKTIF DAKWAH DAN TARBIAH
nak tgk?? SINI
TETAPI kali neh pasal permainan kesukaan ramai neh
bukan bentuk permainan di laptop ..handphone 
tapi
ANGRY bird GASING VERSION...
stakat neh aku jumpa dkat Penang ::--> pasa malam kepala batas

ne haa... terbaek lah..
rupe macm gasing pon ada lagi weii

tudiaa siap pusing2 keluaq lampu lagi...haha

ni haa...pergh!!!

haha...

ni laa..yg aku nampak kalu dkat kedai @ pasa malam 
memg ade 3 ekor aja ..lain xkeluar stok lagi kot


dan gmbar bawah neh aku amik dari google. 

semart!!!

buat pizza weh

nurkilan manusia kreatif

enjoy yourself~





TANDA-TANDA KIAMAT YANG SUDAH DAPAT KITA RASAKAN SEKARANG INI….!!!!!

ASSALAMUALAIKUM


Wahai Rakan-rakan sekeliaaaaaannnnnnnnnnnnn……..!!!!!!!!!!

Takutlahhhhhhhhhhhhh

Diriwayatkan juga dalam Musnad Ahmad (10560), dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shallallau 'alaihi wa sallambersabda:


لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ ، وَيَكُونَ الشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونَ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ ، وَيَكُونَ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ ، وَتَكُونَ السَّاعَةُ كَاحْتِرَاقِ السَّعَفَةِ


“Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap.” 
(Imam Ibnu Katsir mengatakan: isnadnya sesuai syarat Muslim. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih al-Jaami’ no. 7422


Adakah kita masih lagi leka dan tidak sedar bahawa masa sudah semakin cepat berlalu….
Ini bermakna…
umur kita semakin pendek dan kematian kita semakin dekat…!!!
Allahuakbar…!!


Memang terasa sangat………. 
hari Isnin…
tup tap…tup tap…
dah isnin balik…
dah bertukar tahun….. 
umur kita pun makin bertambah………..
aduh..
cepatnya….!!!!!


Adakah kita dah bersedia dengan temu janji bersama malaikat maut yg akan kita jumpa …
apabila tarikh kematian kita tiba….
ahhhhh….
taubat kita selalu tangguh….
maksiat kita makin bertambah….
Ya Allah………..
ajal makin dekat…
sebab 
masa kita makin cepat berlalu….

Bagaimana dgn solat kita…..

Bagaimana dengan sedekah kita….

Bagaimana dengan puasa kita…….

Bagaimana dengan salah kita kepada ibu bapa kita…….

Bagaimana dengan pergaduhan kita dengan saudara mara kita…
kawan-kawan …kita

Bagaimana dengan dosa kita…mengambil hak orang lain….

Bagaimana dengan dosa kita terhadap orang yang kita aniayai…………

Bagaimana…bagaimana….bagaimana?……


YA ALLAH 
SEMPATKAH AKU BERTAUBAT SEBELUM AJALKU MENJEMPUTKU……
SESUNGGUHNYA KITA KESUNTUKAN MASA………..
INGAT AJAL KITA……..
TARIKHNYA..????

Hari/Bulan/Tahun???....... 
MATI………….
Akan tiba juga…………!!!!!

kematian pasti menjempot kita!!!!!!

ingatlah IMAM GHAZALI pernah berkata kepada anak2 muridnya

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ??”

 Jawapannya :: yang paling dekat dengan kita ialah MATI.

Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Jawapannya :: yang paling benar adalah MASA LALU.

kita,
 apapun keadaan kita,
 tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. 
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".



renung2kN daN selaMAt beraMAL

credit to : ustz munawir

HUKUM BEKERJA DI TEMPAT JUDI

orang bertanya ustaz menjawab... credit to : ustaz munawir

assalamualaikum ustaz.....
maaf mnganggu...
sy nk bertanye pada ustaz tntng masalah seorng kleuarga terdekat sy..
dahulunye die bekerja sebagai p'jaga kuda (petugas sgala penjagaan kuda) di satu kelab lumba kuda di ipoh...
untuk pngetahuan ustaz,segala kuda2 yg ade disitu dilatih utk berlumba (yg slalunye org akan berjudi didalam perlumbaaan kuda t'sebut)...
kuda tersebut pula selalunye akn dipaksa utk menerima suntikn dadah supaya pantas berlumba & bersifat agresif....


-soalannye::

adakah halal gaji beliau yg hnye seorng 'petugas segala penjagaan' di tempat tersebut yg penuh dengn aktiviti perjudian & b'sifat zalim pd binatang ustaz??
 bgaimna cara sy utk menerangkn pd die ustaz???

WAALAIKUMUSSALAM.........

Terima kasih di atas soalan yang telah diajukan ustaz......

Memang tidak syak lagi bagi seorang Muslim untuk mengimani bahawa Allah swt telah mengharamkan arak dan judi.Dan Allah telah menjadikan kedua-duanya sebagai dosa besar.

Firman Allah Taala:

( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنْصَابُ وَالأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ * إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ ) المائدة/90 – 91.

Ertinya:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”

“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.(Surah Al-Ma’idah: 91


Berdasarkan ayat di atas...
Allah telah mengharamkan segala bentuk kerja-kerja yang ada kaitan dengan arak dan judi....
kerana bekerja di tempat judi itu samalah kita menyokong dan membantu kejahatan


Firman Allah:

: ( وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ
وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ )

المائدة/(2)

Ertinya:.

Dan tolong menolonglah kamu di dalam perkara kebaikan dan janganlah kamu tolong menolong di dalam perkara yang membawa dosa dan permusuhan dan takutlah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah amat pedih azabnya.

Menurut kaedah di dalam kitab usul fiqh...

والقاعدة عند علماء الشرع " الوسائل لها أحكام المقاصد " فكل ما أدى إلى وجود الحرام وأوصل إليه فهو حرام

Ertinya : “Setiap perkara yang boleh membawa kepada wujudnya benda yang haram dan yang menyampaikan kita untuk terjerumus kepada yang haram maka hukumnya adalah haram

Ulamak menetapkan tidak boleh seorang Muslim bekerja di tempat yang menjalankan aktiviti maksiat kepada Allah.Kelab lumba kuda telah digazetkan secara jelas sebagai kelab yang menganjurkan judi......
kerja menjaga kuda pada asalnya harus..
tetapi apabila dikaitkan dengan judi maka hukumnya adalah haram bekerja di kelab itu.
Sekiranya dia telahpun bekerja di tempat itu maka wajib baginya untuk berhenti dan mencari kerja yang halal.

Kerana sekiranya dia bekerja di di situ lagi 
maka dia termasuk di dalam orang yang bersubahat dan menolong pihak penganjur perjudian di dalam kerja-kerja maksiat.
.

.
قال القرطبي رحمه الله : وجوب اجتناب أصحاب المعاصي إذا ظهر منهم منكر؛ لأن من لم يجتنبهم فقد رضي فعلهم ، والرضا بالكفر كفر.

Telah berkata Imam Al-Qurtubi :

Wajib kita menjauhi ahli maksiat apabila secara jelas mereka melakukan kemungkaran..kerana barangsiapa yang tidak menjauhi ahli kemungkaran maka dia telah reda dgn kemungkaran mereka.Redha dengan kekufuran (maksiat) adalah kufur kepada Allah.


ثم إنه يخشى على من عمل في هذه الأماكن أن يضعف إيمانه ، وأن تذهب الغيرة من قلبه ، وربما دعاه الشيطان إلى مقارفة المعصية

Ertinya:

Kemudian ditakuti bekerja di tempat itu akan melemahkan imannya..menyebabkan sensitivity berkaitan perkara haram hilang dari hatinya(tak kisah halal haram) dan akan membuka ruang kepada syaitan utk menjadikannya suka kepada maksiat.

Allah taala telah berfirman:

وقد قال الله تعالى :( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ) النور/

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan sesungguhnya barangsiapa yg mengikutinya maka dia telah menyuruh kepada kejahatan dan kemungkaran
(surah An-Nur :21)



بناءً على ما سبق ، لا يجوز لمسلم أن يعمل في هذه الصالة ؛ لأنه بذلك يكون معينا على معصية الله وراضياً بها أو في حكم الراضي عنها ،

Maka di atas penerangan yang lalu maka adalah dilarang(haram) bagi seorang Muslim bekerja di tempat yang ada kaitan dengan judi..kerana bekerja di tempat sebegini bermakna dia telah menjadi penolong kepada perkembangan maksiat(judi) dan dia reda dengan judi ataupun berada bersama orang yang redha kepada judi.


، ولا يغتر المسلم بما يأخذه من مال فإنه مسئول يوم القيامة عن ماله من أين اكتسبه ( أخذه ) وفيما أنفقه

Dan ingatlah seorang Muslim akan ditanyakan oleh Allah di hari kiamat tentang dari mana dia mendapatkan sumber rezeki dan ke mana dia belanjakan.

Adapun memberikan dadah kepada kuda juga merupakan perbuatan yang haram kerana ia termasuk di dalam perbuatan menganiaya haiwan......
dan menganiaya haiwan termasuk di dalam sifat menzalimi makhluk.

Di dalam satu riwayat hadis nabi saw pernah menegur seorang lelaki yang meletakkan beban yang terlalu berat untuk dibawa oleh seekor keldai.....
Nabi menyuruh lelaki itu berlaku ihsan....
belas kasihan kepada keldai walaupun ianya binatang dan menyakiti binatang yang juga makhluk tuhan adalah berdosa,

Maka kesimpulannya berdasarkan hujah yang bersandarkan dalil-dalil yang telah diberikan tadi maka hukum gaji yang diperolehi dari kerja yang dibuat di kelab lumba kuda adalah jelas haram....
dan 
hendaklah saudara menasihatinya dengan cara yang berhikmah dengan memberikan info-info yang dia boleh baca tentang isu ini.

Sekiranya dia seorang yang takutkan azab Allah insyaallah dia akan berhenti dan mencari kerja yang lain.....
sekiranya dia buat tak kisah anda kena bersabar teruskan menasihatinya sehingga Allah membukakan pintu hatinya...
untuk menerima nasihat dan yang lebih penting lagi ini...merupakan perintah Allah.

Semoga Berjaya mengajak manusia kepada kebaikan...

Wallahua’lam bissowab......

sama2 lah kita menghindarinya dan sebarkan lah pengetahuan ini  kepada umum!!!

CANDID TIME CONTEST

ASSALAMUALAIKUM~~


kali neh aku menjadi mangsa tag si mak cik muna
untuk candid time contest
contest neh di buat @ di anjurkan  oleh muna rahimah
ce korang tengok..nama pon sama..alahaii...haha

kalau anda2 rasa mau join SILAKAN

ni pulak gambar candid aku..

aku rasa neh lah candid yg best..haha


mangsa candid aku ::




Spontaneous Thursday -------> MENUNTUT ILMU





(( من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة )) 



“BARANGSIAPA YANG MENCARI JALAN YANG MEMBAWA

 DIA KEPADA ILMU MAKA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN 

BAGINYA JALAN MENUJU KE SYURGA.”

MALAYSIA KALAH!!!!! USAHLER KOME MARAH.. ADAT LER

ASSALAMUALAIKUM

baru sahaja tamat perlawanan bola sepak 
kelayakan olimpik
MALAYSIA VS SYRIA


kesudahannya
malaysia tewas

MALAYSIA 0 - 2 SYRIA

walau apapun..tidak mengapa adat pertandingan 
ada pasukan yg menang ada juga yg kalah

kita sebagai rakyat malaysia
 usahler marah..kutuk..caci..hina pasukan malaysia
mungkin player2 masih keletihan sesudah memenangi emas sukan sea

jangan lah kita jadi pembelot..
sentiasalah menyokong NEGARA
tanpa alasan yg kurang baik


berbangga lah kita..sebagai 
WARGANEGARA MALAYSIA
tulisan neh ada sahaja di dalam 
baju malaysia .. blakang bendera negara kita!!!

cuba anda tengok komen coach malaysia 
ong kim swee 
mengenai penyokong Indonesia




tontonlah sampai habis :: youtube

~contohilah pnyokong indonesia menyokong negara mereka tanpa kira menang atau kalah~

when people do something good, please respect and support them even they are 

still too far to achieve the goal :)


~Malaysia tanah tumpahnya darahku~