JIKA INGIN MELAKUKAN DOSA!!!!

ASSALAMUALAIKUM


SEBELUM ANDA INGIN BERBUAT MAKSIAT…
BACALAH HADIS INI DAHULU…..


Bagaimanakah malam pertama kita di dalam kubur?



حديث أنس بن مالك المتفق على صحته، يقول صلى الله عليه وسلم: {إن العبد إذا وضع في قبره، وتولى عنه أصحابه، وإنه ليسمع قرع نعالهم، قال: يأتيه ملكان فيقعدانه فيقولان له: ما كنت تقول في هذا الرجل؟ فأما المؤمن فيقول: أشهد أنه عبد الله ورسوله، قال: فيقال له: انظر إلى مقعدك من النار قد أبدلك الله به مقعداً من الجنة، فيراهما جميعاً، وأما المنافق والكافر فيقال له: ما كنت تقول في هذا الرجل؟ فيقول: لا أدري! كنت أقول ما يقوله الناس، فيقال: لا دريت ولا تليت! ويضرب بمطارق من حديد ضربة، فيصيح صيحة يسمعها من يليه غير الثقلين }.. والحديث متفق عليه



Hadis riwayat Anas b.Malik yang disepakati oleh ulamak hadis akan kesahihannya:

Nabi saw bersabda:

Sesungguhnya anak Adam itu apabila diletakkan di dalam kuburnya(kebumi) dan apabila pulang semua ahli keluarga dan sahabat handainya dia akan mendengar bunyi tapak kaki mereka yang pulang..
ketika itu datanglah dua malaikat kepadanya..
lalu didudukkan dia di dalam kuburnya dan kedua malaikat itu pun bertanya kepadanya…

”Apa yang kamu tahu tentang lelaki ini (Muhammad saw)Sekiranya si mati itu seorang yang beriman maka dia akan menjawab
 (dengan lidah yang fasih lagi lancar)”
 Aku naik saksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan rasulnya.” 
Maka dikatakan kepada si mati yang mukmin itu”
 Lihatlah tempat dudukmu dari api neraka
(jika engkau tidak dapat menjawab soalan kubur)
telah digantikan oleh Allah dengan tempat duduk daripada syurga. 
Maka dipertontonkan kepadanya oleh kedua malaikat itu.

mayat masih elok walau telah lama meninggal

Adapun orang munafik dan kafir (yang jahat dan banyak dosa maksiat) apabila ditanya:
”Apa yang kamu tahu tentang lelaki ini(Muhammad saw)maka jawabnya
(dengan lidah yang berat dan dada yang sempit) 
“Aku…aku tak tahu……aku hanya sebut tentangnya berdasarkan apa yg manusia beritahuku.
Maka jawab malaikat: “Engkau tidak tahu kerana tidak pernah mengkaji hadis baginda dan tidak tahu pula mengkaji Al-Quran…!!

terseksa!!!


Maka dia si mati itu dipukul dengan penukul- penukul daripada besi…
sehingga dia menjerit-jerit melolong yang tidak didengari oleh jin dan manusia melainkan haiwan sahaja yang mendengarnya….



Marilah kita bermuhasabah sudahkah kita bertaubat atas dosa yag kita lakukan 
dan perbanyakkan amalan kita ? 
Mati itu boleh menemui kita bila-bila masa sahaja….
persoalannya jika kita mati hari ini….
apakah kita dah bersedia dengan soalan kubur ini…?


Allahumma hawwin a’laina fi sakaratil maut….wasabbit alaiya fi sualil qabri”





sama-samalah kita menghindari dari melakukan dosa 
dan sentiasa meningkatkan amal ibadah kita kepada ALLAH

hidupkan hari2 kita dengan cahaya rahmat dariNYA 
bukan 
dengan cahaya kegelapan dari syaitan laknatullah


ingatlah sentiasa...
~hidup bukan ujian yang disangka indah buat insan bergelar manusia yg beriman kepadaNYA~


2 comments:

smilenajah93 said...

ingt mati sebelum terlambat ~

Unknown said...

batul tuh KIM~~