MANA YANG LEBIH BAIK…..RATUSAN JUTA RINGGIT YANG DIHABISKAN UNTUK JUTAAN RAKYAT ATAU RATUSAN JUTAAN RINGGIT YANG DIHABISKAN OLEH SEORANG RAKYAT.

ASSALAMUALAIKUM

kali neh aku nak kasi artikel pasal seorang hamba ALLAH..
 yang menenyakan persoalan kepada seorang ustaz..

tingkatkan perpaduan UMMAH!!!




MANA YANG LEBIH BAIK….
.RATUSAN JUTA RINGGIT YANG DIHABISKAN UNTUK JUTAAN RAKYAT 
ATAU 
RATUSAN JUTAAN RINGGIT YANG DIHABISKAN OLEH SEORANG RAKYAT.


Assalamualaikum Ustaz yang dihormati……


Biarlah saya menamakan diri saya sebagai pejuang penyatuan orang Melayu……
Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang suatu perkara yang saya lihat menyebabkan orang Melayu kita sering berbalah dan berpecah…….
Ustaz..
apa yang saya perhatikan ialah orang Melayu suka bergaduh dengan cara suka mengaibkan orang lain…..
sebagai contoh ..
orang kita suka sangat mendedahkah keaiban orang lain dengan skandal-skandal..terutamanya yang melibatkan pemimpin negara kita sendiri….

Kadangkala ada pula ustaz yang di dalam ceramahnya tidak segan silu…
menyebut skandal pemimpin negara kita …..
beginilah…
begitulah….
diaibkan pula mereka….
ustaz….
adakah betul cara dakwah yang sebegini?

Bagi saya…
skandal pemimpin yang songlap duit itu biarlah mereka jawab dengan tuhan kalau betul..
buat apa kita pula sibuk mengumpat orang di dalam ceramah …
kan berdosa….
tak gitu ustaz……?????

Nama aje ustaz…
tapi suka mengumpat dan mengata orang di dalam masjid yang mulia…..
ustaz jangan terasa ye………!!!!
Sekian …


Wa’alaikumusslam…..

Terima kasih kepada pejuang Melayu kerana memberikan soalan ini…
baiklah benarkah kita tak boleh mendedahkan salahlaku yang dibuat oleh orang lain…?



Marilah kita lihat sejenak sebuah kisah yang berlaku di zaman nabi saw….
bahawa baginda pernah menegur dan mendedahkan skandal yang melibatkan wang rakyat yang disalahgunakan oleh seorang raja bagi kaum At-Thoi’e…
dan nama raja itu ialah A’di Al Hatim At’Thoi’e yang kemudiannya memeluk Islam…
dan menjadi sahabat Nabi saw yang terkenal.


A’di Al Hatim seorang raja yang beragama Nasrani…yang memeluk islam setelah mendengar dan melihat dakwah nabi saw yang disampaikan melalui akhlak baginda yang mulia. Kisahnya ada diceritakan di dalam kitab “Hayatus sahabah” yang ditulis oleh fadhilatus Syeikh Dr Ra’fat Al-Basya”


A’di Al Hatim At’Thoie adalah seorang raja yang ditabalkan setelah ayahnya turun daripada tahtanya…dan dia memerintah di sebuah negeri di semenanjung Arab bagi suku Thoi’e…
dan semasa pemerintahannya ..
baginda telah menetapkan bahawa seperempat dari harta rampasan perang adalah milik raja...
sedangkan di dalam kitab injil telah dtetapkan seperempat harta rampasan itu adalah milik rakyat.


Apabila dakwah Nabi saw telah disebarluaskan.....
dan semakin banyak wilayah Islam yang menerima dakwah nabi saw...maka A’di Al Hatim merasakan perkembangan agama Islam itu merupakan suatu ancaman kepada wilayah dibawah kekuasaannya....
lalu Adi Al –Hatim pun membuat keputusan untuk bersemuka dengan Nabi saw...untuk berhujah dengan baginda lantas meminta baginda saw utk memberhentikan dakwah Islamiah kepada manusia.


Apabila beliau sampai di Madinah...beliau telah pergi ke masjid tempat Nabi saw selalu beriktikaf ..
setelah itu beliau dibawa oleh Nabi saw ke rumahnya.
Ketika di dalam perjalanan ke rumah Nabi saw mereka telah bertemu dengan seorang perempuan tua yang miskin bersama seorang budak kecil yang meminta suatu hajat daripada nabi saw...Nabi saw berhenti dan melayan perempuan tua itu ....
membiarkan Adi Al hatim.... seorang raja yang berkedudukan.. menunggu...
kerana pada diri nabi saw...apalah sangat keperluan seorang raja jika dibandingkan dengan seorang perempuan tua yang amat memerlukan bantuannya..?


Kata A’di Al-Hatim...ketika itu aku melihat bagaimana baiknya Muhammad di dalam melayan perempuan tua itu..
ketika itulah aku mendengar perempuan itu tidak mamanggil Muhammad dengan panggilan seorang raja...tetapi menganggap Muhammad itu sebagai orang biasa.


Ketika itu aku berkata pada diriku..
”Demi tuhan lelaki ini tidak menampakkan dirinya sebagai seorang raja”

Kemudian aku sampai ke rumah Muhammad dan aku dijemput masuk...
lalu Muhammad menghamparkan kepadaku kulit yang keras untuk dijadikan sebagai alas tempat dudukku...
sedangkan aku lihat tidak ada alas duduk yang lain melainkan yang satu ini..!!! 
Lalu Muhammad mempersilakan aku duduk...sehingga aku jadi malu...lalu aku menyuruh Muhammad agar dia yang duduk ....
tetapi dia tetap menyuruh aku duduk lalu aku menurut perintahnya...
dan Muhammad sendiri duduk di atas lantai tanah rumahnya.


Lalu Muhammad berkata :
 “ Wahai Adi...bukankah kamu menganut agama Rukusiyah iaitu suatu anutan agama campuran antara agama Nasrani dan agama Soibah?


Maka jawabku Ya ..benar..!


Lalu Muhammad pun berkata: 
Bukankah kamu telah mengambil seperempat bahagian daripada harta rampasan yang tidak dihalalkan bagimu mengambilnya..kerana ianya milik rakyatmu?
dan perbuatan itu adalah dilarang oleh agamamu?


Maka jawabku :
 Benar wahai Muhammad....!
Dan diketika itu barulah aku menyedari bahawa ternyata Muhammad itu Nabi yg diutuskan..... kerana dia tahu apa yang orang tak tahu
 (rahsia skandal seperempat harta rampasan perang yang menjadi milik rakyat.)

Kemudian Muhammad bertanya lagi:

“Wahai Adi...mungkin engkau tidak berminat...untuk memeluk agama Islam 
kerana engkau lihat pengikutnya ramai yang terdiri dari golongan yang lemah dan miskin.
Demi tuhan suatu hari nanti kamu akan lihat umat Islam akan dilimpahi kemewahan sehingga ketika itu tiada lagi manusia yang layak menerima bantuan atau sedekah.



Tuan Pejuang Melayu...
yang dikasihi....
jelas di dalam riwayat ini...
kekaguman seorang raja kepada Nabi saw yang hidup sederhana...
tiada mahligai dan harta berjuta yang dimiliki oleh Nabi saw...
Pada pandangan A’di Al Hatim...... 
Nabi saw sebagai pemerintah Madinah sudah tentulah asyik membina dan mengumpulkan kekayaan sebagaimana maharaja Rom dan Parsi ...
namun sangkaannya meleset setelah melihat rumah Nabi saw dan keadaan isi rumahnya yg hanya ada sekeping kulit keras yang dijadikan tempt duduk.

Begitu juga di dalam riwayat ini Nabi saw menegur...
perihal skandal yang melibatkan Adi dan penyalahgunaan wang rakyat...
iaitu seperempat harta rampasan perang yang sepatutnya diagihkan.

Sekiranyalah...
kita tidak boleh mendedahkan skandal yang melibatkan hak masyarakat maka 
kenapa pula Nabi saw mendedahkan skandal Adi Al-hatim sebagai raja.....
yang mengambil hak rakyatnya?..
apakah Nabi ingin mengaibkan A’di Al-Hatim?..
dengan mendedahkan rahsianya?
Apakah Nabi saw menghinanya?

Mengapa perlu Nabi saw mencampuri urusan agama lain? 
Biarkan ajelah....
kenapa Nabi perlu mendedahkan rahsia raja Nasrani ini?

Maka jawapannya ialah kerana....
segala perbuatan yang menzalimi umat Nabi saw..
tak kiralah mereka itu Islam atau bukan Islam..
maka wajiblah kita hentikan dan halang.

Menurut Syeikh Hassan Ayub..
seorang ulamak timur tengah yang tersohor mengatakan sekiranya rahsia saudara kita orang Islam yang sudah bertaubat dari dosanya yang lampau maka haram hukumnya...
kita membocorkan rahsia keaiban dirinya dan dosanya yang lalu dengan mengungkit kisah-kisah lama.

Tetapi sekiranya...
kezaliman dan kejahatan seseorang ..
yang kalau kita tidak dedahkan..akan menyebabkan fitnah dan menganiayai orang lain...
kezaliman dan kejahatannya itu akan merosakkan umat islam maka wajiblah didedahkan sebagai mana yang dilakukan oleh nabi saw di dalam riwayat ini.

Perbuatan Adi sebagai raja yang menyalahgunakan seperempat dari harta rampasan perang untuk kekayaan peribadi telah didedahkan oleh Nabi dan ditegur nabi saw..
adalah kerana perbuatan amar makruf nahi mungkar itu wajib dilaksanakan oleh semua manusia yang berhadapan dengan ketidak adilan dan kejahatan.
Oleh itu kita juga mesti menegakkan kebenaran dengan menegur ketidakbetulan atau penyalahgunaan kuasa.

Dan nabi saw member jaminan bahawa sekiranya kita mengikut Islam melaksanakan hukum Islam dan berpegang dengan syariat Islam ..
melaksanakan amar makruf nahi munkar..... 
maka Allah akan membukakan pintu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah sehingga dikalangan masyarakat kita tiada lagi orang miskin yang layak menerima zakat mahupun sedekah....
sekiranya kita tolak Islam...
lari daripada syariat Islam maka kita akan ditimpakan kesusahan lantaran kekayaan Negara hanya berlegar pada golongan tertentu sahaja...
dan inilah yang dinamakan bala Allah.

Akhirnya...
saya ingin bertanya pula kepada pejuang Melayu satu soalan....
daripada riwayat dan kisah Nabi saw di atas...
mana yang lebih baik?......
RATUSAN JUTA RINGGIT YANG DIHABISKAN UNTUK JUTAAN RAKYAT....
ATAU 
RATUSAN JUTAAN RINGGIT YANG DIHABISKAN OLEH SEORANG RAKYAT?

Jangan marah dan saya harap jawapan ini dapat diterima oleh tuan pembela bangsa Melayu dan semoga Allah memberikan hidayah kepada Tuan Pejuang Bangsa Melayu............
untuk menerima Islam sebagai pegangan dan fahaman hidup.

permuafakatan itu penting.. semua perlu adil
...............................................................................................

SELEPAS ITU PERSOALAN BARU MUNCUL..

tetapi daripada apa yang diceritakan,
 Nabi hanya berdakwah hanya bersemuka dengan Raja tersebut sahaja.
 tidak menghebahkan dengan secara terbuka kepada rakyat lain. 
dan cerita ini juga dikisahkan sendiri oleh Raja tersebut.

Persoalan dari Perjuang Melayu itu mungkin lebih kepada
 adakah boleh ulama' parti atau Ustaz Parti berdakwah dengan cara mengaibkan pembesar Islam di khalayak ramai? 
Sebagaimana yang kita tau, sistem negara kita lebih kepada memenangi undi & hai rakyat,
 ianya menyebabkan perpecahan yang nyata dari pihak pemerintah & pembangkang yang saling mengaibkan maruah sesorang untuk meraih undi. 
sebelah pihak yang lebih nampak ke arah keagamaan hanya mengatakan pihak mereka sahaja benar,
 tetapi menolak terus dakwah daripada pihak satu lagi. 
sepatutnya diberikan dakwah kepada pembesar Islam secara bersemuka bukan secara public.

Demokrasi sebenarnya menyebabkan perpecahan dan fitnah yang nyata & berleluasa di kalangan pembesar Islam Di Malaysia. 
Adakah boleh kita menggunakan dakwah secara fitnah & mengaibkan oang lain ustaz? 
apakah tugas seorang ulama sebenarnya? 
adakah untuk agama atau untuk politik yang penuh dengan fitnah di Malaysia ini?

JAWAPAN...

terimakasih atas persoalan ini....
memang kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang semacam percakaran yg berlaku antara kita sesama orang Melayu...
namun apa yg Nabi saw dakwahkan kepada Adi al Hatim akhirnya diceritakan kepada umum...
sehinggalah ianya menjadi cerita milik rakyat manusia dan dicatatkan di dalam hadis yg trilion manusia akan baca hngga ke akhir zaman....

Sepupu Nabi saw pernah memberithau kepada raja Najasyi yg memerintah Ethopia
 berkenaan dgn makna kaum yg berada di dalam kehidupan jahiliyah 
iaitu ada di antara kami yg kuat menindas golongan yang lemah...
maka di sini kita lihat sepupu Nabi saw sendiri menceritakan ketidakbetulan pemimpin Quraisy di Mekah...
jadi ulamak menyatakan menegur atau menceritakan ketidakadilan sesuatu golongan yang salahgunakan keadilan adalah harus
 sekiranya ia menyebabkkan penderitaan manusia yg lain...
cuma mungkin uslub kita menyampaikan berbeza...




Wallahua’alam bissowab

No comments: