BUAT ROCKERZZ SEMUA!!!

ASSALAMUALAIKUM..

this time i want to tell about
ROCKERZZ.


apa yg best sangat yeee??
haaa
sbnonye xdak apa sangat..
cuma nak kongsi kesah mengenai 
seorang peminat rock sejati yg ingin berubah..
lalu mkenyatakan pandangannya terhadap seorang ustaz...

ikutillah yee...

SOALAN PEMINATT ROCK :))

Assalamualaikum ustaz…….

Ustaz..yang dikasihi…….

Tak perlulah saya mendedahkan siapa diri saya ini…
Cuma saya ingin ustaz tahu yang saya ini adalah peminat lagu rock yang fanatik…..
Untuk pengetahuan ustaz di sinilah masalah saya …
umur saya sudah masuk ke alam tua…
iaitu 50 an…..
saya masih terikut-ikut dengan perangai muda saya yang berimejkan rock…..
rambut saya panjang walaupun dah beruban….
pakaian saya masih lagi macam rockers….
ketat….
dan sendat….


Ustaz isteri saya selalu tegur dan nasihatkan saya….
katanya…
umur awak tu dah makin lanjut…
ingatlah mati…
ingatlah akhirat…..
ubahlah penampilan …
cara berpakaian…
malu orang tengok…
cucu dah berderet……


Ustaz..
kawan-kawan saya ramai yang dah berubah…
ada yang dah jadi imam….
dah jadi tok bilal…
Cuma saya aje yang terus kekal dengan imej rock…..
bukan saya tak mahu berubah ustaz…
tapi bila saya nak tukar aje penampilan…
saya rasa malu pulak….
takut nanti orang kata …
hai udah nak jadi pak lebai ke….
warak la tu dan sebagainya.


Ustaz saya amat meminati lagu-lagu rock 
dan cara penampilan artis rock zaman era kegemilangan mereka di tahun 70an dan awal 80 an…
seperti..
acdc…
white snake…
rolling stone ..
scorpions…
iron maiden….
dan banyak lagi…….
jadi susah untuk saya meninggalkan alam rock ini.


Tapi bila teringatkan umur saya yang dah lanjut…
dosa pun banyak……
saya rasa nak berubah la ustaz…
tetapi tak tahu dari mana nak mula dan bagaimana?
 Adakah Allah taala masih terima rockers macam saya ni…?
 Kalau ingatkan azab tuhan ni memang takut sangat….
tapi jiwa dan semangat saya utk berubah agak lemah walaupun ada terasa kesedaran yang saya patut menghentikan semua ini…..




apa nasihat ustaz….
bagaimana saya nak berubah…
tolonglah ustaz beri saya semangat untuk berubah.


JAWAPAN USTAZ

Wa’alaikumussalam…….

Tuan rockers yang dikasihi………….

Terima kasih kerana sudi melayari facebook saya dan mengajukan soalan…..
memang banyak soalan yang sya tak jawab lagi…
banyak yang tertangguh….

Izinkan saya memanggil diri tuan rockers dengan panggilan bro…..
boleh kan?


Suatu kegembiraan yang menusuk di jiwa saya apabila membaca azam bro untuk berubah….
alhamdulillah…
itu tanda Allah menyayangi bro 
dan mengingati diri bro….

Bro…yang dikasihi…..

Mari kita hayati firman Allah:

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ [الأنعام : 125]

Ertinya :
Barangsiapa yang Allah ingin berikan kepadanya hidayah…
maka Allah akan membuka (melapangkan) dadanya kepada Islam..
dan barangsiapa yang Allah ingin sesatkan dia…. 
maka akan dijadikan dadanya sempit..
sesempitnya..
seolah-olah dia naik ke langit

(Surah Al-An’am: 125)


والمراد بالهداية هداية التوفيق ، فتجده منشرح الصدر في شرائع الإسلام وشعائره ، يفعلها بفرح وسرور وانطلاق .

Ulamak menyatakan bahwa yang dimaksudkan hidayah di sini ialah 
hidayah yang memberi kita taufik..
iaitu yang menjadikan hati kita terbuka…
menerima syariat Islam dan juga segala syiarnya



Seseorang itu dikatakan mendapat hidayah apabila hatinya seronok untuk melaksanakan segala kewajipan yg Allah perintahkan.


فإذا عرفت من نفسك هذا ، فاعلم أن الله أراد بك خيرًا وأراد لك هداية ،

Sekiranya anda mendapati perasaan ini ada di dalam hati anda…
ketahuilah bahawa anda telah dikehendaki oleh Allah untuk mendapat kebaikan dan dikurniakan hidayahnya.


أما من ضاق به ذرعًا والعياذ بالله فإن هذا علامة على أن الله لم يرد له هداية ، وإلا لانشرح صدره .


Dan barangsiapa yang merasa sempit dadanya…
iaitu hatinya tidak seronok dengan syariat Allah..
maka Allah tidak menginginkan baginya hidayah.,…
dan tidaklah Allah melapangkan dadanya
 ( merasa seronok utk melakukan ibadah)

ولهذا تجدون الصلاة التي هي أثقل ما يكون على المنافقين

Kerana itulah
 golongan yang Allah tidak beri hidayah seperti orang Munafik maka ibadah solat itu terlalu berat untuk dilaksanakan.



Oleh itu bro….
beruntunglah bro kerana Allah telah memilih bro untuk berubah,….
dan kembali mengingati Allah….
bukan senang bro…
nak dapat kesedaran sebegini……
hanya mereka yang terpilih sahaja yang mendapatnya.


Bro….
di dalam satu riwayat hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan maka diberikannya minat ke arah memahami agama”


Oleh itu bukan semua dapat berubah apabila umurnya sampai ke empat puluh…
ada yang terus menerus hanyut dengan kelalaian dan nikmat dunia…
sehinggalah mereka mati…
tetapi jika umur kita melepasi tahap 40an
 dan ketika itu Allah campakkan di dalam hati kita kesedaran untuk berubah dan berhijrah…
maka itulah nikmat yang paling hebat sekali.

Bro …..
berubahlah dengan perlahan-lahan….
ubahlah imej rock tu sedikit demi sedikit mulakanlah dengan potong rambut kemudian ..
ubahlah cara berpakaian….
tunaikan solat…
jika malu…
solat berjemaah di surau…… 
solat bersendirian…
kemudian usaha latih diri utk amalkanlah solat berjemaah…
jika tak tahu belajarlah pelan-pelan…tak apa jangan malu kalau baru nak belajar tajwid…
 baru nak kenal huruf…..
belajarlah bro..…
walaupun kita ditakdirkan mati ketika belajar besar pahalanya…
bro!!


Akhirkata…
tahniah bro….
you have made the right decision…
yes u are the best bro…...
dont worry….

Dan berbanggalah bro…
kerana dipilih Allah untuk berubah…
dan menjadi rockers yang berubah dari gaya hidup yang jahiliyah kepada lebih Islamik……

yeah you rock bro..

BUT..

noT THE ROCK ..bro..haha


Semoga Berjaya berubah sepenuhnya…….
dan jangan lupa berikan gambar yg terbaru….
setelah berubah…imej dan penampilan baru….
teman nak tengok….
sama ada bersemak lagi ke tidak…
.ha ha ha ha…
jangan marah bro……
gurau aje…
.ha ha ha ha ……

Wallahua’alam.

begitulaah kisahnya..semoga manfaat siambil dan dijadikan iktibar

nurkilan USTAZ
.................

ingatlah 
~hidup bukan ujian yang disangka indah~

2 comments:

Muhammad Adam bin Roslan said...

alhamdulillah.. seorang insan telah deberikan hidayah.. :)

AidiL aFiFi said...

ye2...bagos lahh