JANGAN TUDUH TANPA SAKSI DAN BUKTI NANTI ANDA AKAN DISEBAT 80 KALI DAN DILAKNAT ALLAH...!!!!!

ASSALAMUALAIKUM

setiap perkara yang berlaku akan disertai dengan 
sebab dan penyebabnya
didunia ini xkan ada perkara yang berlaku tanpa sebab
begitu jugalah mengenai perkara 
seperti mencuri, zina, maksiat , dan sebagainya
mesti ada sebab dan jalan penyelesaiannya

contoh terbaru mengenai perkara yang berlaku 
dan sedang dihebohkan ..
kes liwat..kes zina.. dan kes2 yg agak menjijikkan jika disebot 
tetapi perlu jugak disebot...
agar setiap perkara yang berlaku diambil iktibar oleh setiap insan



maka sesungguhnya kali ini saya akan menceritakan suatu kesah 
antara seorang hamba ALLAH dan seorang ustaz mengenai 

TUDUHAN TANPA SAKSI DAN BUKTI !!!!

''assalamualaikum ya ustaz", kata hamba Allah
katanya lagi 
"Saya nak tanya ustaz harap ustaz jawab mengikut ilmu yang benar dan amanahlah dengan jawapan ustaz...."

SOALANNYA!!!

"Adakah berdosa kita masih memperkatakan tentang tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang..
sedangkan dia sudah disahkan tidak bersalah.....
adakah kita berdosa sekiranya kita masih bercakap tentang skandalnya....
apakah kita dikira termasuk menuduh dan ada orang kata ...
kita termasuk dalam orang yang menuduh dan boleh dikenakan sebatan 80 kali....
jika yang dituduh tak bersalah ...
apa bendanya qazaf ni ustaz saya tak paham.....
adakah kita menulis di facebook tentang seseorang yang meliwat 
dan tiada saksi dan bukti juga dikira qazaf dan boleh disebat 80 kali.....
Tolong jawab dengan ikhlas ye ustaz."

jawab ustaz "waalaikumsalam ya syeikh yang bertanya"

Terima kasih di atas soalan ..
baiklah marilah kita teliti pengertian Qazaf dan butiran lanjut di bawah ini:


QAZAF

           
Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk 
termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa
saksi yang adil. 
Termasuk juga menuduh liwat, 
mengikut pendapat jumhur para ulama, 
di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya
mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja,
 manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.
 Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama,
 kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya.
 Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud parti itu atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam,
 kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, 
tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, 
Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada
orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara
sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh
dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.

2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri keluarga atau masyarakatnya.. 
Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal.
 Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. 
supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara
sewenang-wenangnya.

Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, 
kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya,
 orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana
cakapnya tidak boleh dipakai.

2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan
perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh
dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.

3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang
dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.

4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi
mengikut hukum Islam.


Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang
menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf

2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh
dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.

3. Islam, mengikut jumhur para ulama.

4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan
akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.

5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.


Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, 
menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, 
maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, 
tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budi bicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:

1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
3.Sumpah orang yang tertuduh

pihak tertuduh bersumpah atas permintaan orang yang menuduh bahawa tidak melakukan zina.
 Sekiranya ia bersumpah, maka sabitlah kesalahan qadzaf. 
Tetapi, jika ia tidak mahu bersumpah maka tidak sabit kesalahan QazaF

Pendapat sesetengah ulamak tentang sumpah :

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, 
seperti zina dan liwat. 
Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama 
kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.
Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian

Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, 
adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. 
Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum,
 iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, 
serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap
hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia.
 Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu. 
Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat.
 Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat MazhabSyafie dan Hambali. 
Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.
Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah,
 bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan. 
Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. 
Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan
bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.
Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. 
Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat,
 iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. 
Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)
Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil,
menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh.
Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan
ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.
Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. 
Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak
yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: 
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."

sebatan cara civil

sebatan secara syariah

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. 
Bukannya sebatan sepertiyang diamalkan sekarang.
 Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana.
 Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. 
Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik 
dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.

2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud:
 "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar.

Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."


Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. 
Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. 
Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. 
Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya. 
Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.

Oleh itu akhir kata janganlah kita menuduh atau menulis di dalam facebook...
sedangkan sudah dibuktikan seseorang itun tidak bersalah kerana nya..
memang kita akan termasuk di dalam golongan yang menuduh tanpa bukti dan saksi.....
jika masih menuduh dan membuat andaian kerana hukum tidak dikira dengan hanya mengandaikan sahaja. ..maka wajib atas kita dikenakan 80 kali sebatan..
dan laknat tuhan..
waliyazubillah.



keadilan terhadap sesuatu perkara pasti tertegak jua!!!


ingatlah
~hidup bukan ujian yg disangka indah~




No comments: