KENANGAN TERINDAH DIKALA DETIK TERAKHIR SEBELOM MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN

ASSALAMUALAIKUM..

SEKOLAH KU..

kata orang sekolah ini ialah 
SIS
Sekolah Ikut Suka

sekolah yang penuh dengan suka duka.
lima tahun aku belajar disini
pelbagai suka duka aku perolehi
ketika bersama sahabat. guru dan rakan
pelbagai nostalgia terindah diperolehi di sini
disinilah aku mengenal 
erti hidup..erti persahabatan ..erti penghormatan

guru-guru bnyak mengajar 
naqib-naqib juga mendidik
untuk menunjukkan siapa diri ini!!!
untuk menunjukkan siapa kita ini!!!
untuk menunjukkan untuk apa kita hidup!!!
tanpa sahabat, guru dan rakan
mungkin kita terjerumus ke kancah penghinaan
hidup bagai tiada erti

di sini aku dan sahabat2 mengenal erti penghormatan
jika tiada hormat pada guru
nescaya ilmu tiada gunanya,
jika tiada hormat pada guru
kita takkan berjaya




sekolah yang menerapkan ilmu pengetahuan
agama,duniawi, sahsiah ,dan keterampilan diri

kelas thanawi,
kelas akaun,
kelas saina,
penggubah misi

disini juga dapat merasai duduk di 
kelas ibnu nafis
kelas ibnu khaldun
kelas ibnu sina
kelas ibnu rushd

disini jugalah 
aku hidup dengan erti berdikari..


BUAT WARGA SEKOLAH IZZUDDIN SHAH
HAYATILAH LAGU INI

inilah detik terakhir aku menyanyikan lagu sekolah bersama2
sahabat2 ku b48 ..semasa jamuan batch

...nostalgiakan memori...
...hidup ini penuh misi...

ingat!!!
 hidup ini penuh erti

AKU BANGGA MENJADI PELAJAR 
DI BUMI BERTUAH INI!!!



BUAT SAHABAT-SAHABAT
GURU-GURU
WARGA SIS
TERIMA KASIH SEMUA!!!



UNTUK APA AIR MATA INI MENGALIR…???

ASSALAMUALAIKUM


air mata adalah suatu yg amat berharga buat diri ini..

andai ia mengalir 
mungkin air mata kegembiraan,

andai ia mengalir 
mungkin air mata kesedihan,

andai ia mengalir
mungkin air mata keinsafan,

andai ia mengalir
mungkin air mata kekecewaan,

andai ia mengalir
air mata itulah yg paling bernilai

kerana manusia ini mempunyai sebab tersendiri 
mengapa ia mengalir,



 RENUNGILAH!!!
SEBAB MENGAPA AIR MATA MENGALIR..
DAN IA MENGAPA PERLU MENGALIR ???

قال أحد الحكماء : أصحاب الغم والحزن في الدنيا ثلاثة


SEORANG BIJAK PANDAI ADA MENYATAKAN….
ORANG YANG MERASA SEDIH .. KECEWA DAN MENGALIRKAN AIRMATA 
DI DUNIA INI ADA TIGA GOLONGAN:

- 1 محب فارق حبيبه
- 2ووالد ضل ولده
- 3 وغني فقد ماله

1 –Si pencinta yang berpisah dengan kekasihnya.
2- Si anak yang kehilangan ayahnya
3- Si kaya yang kehilangan hartanya


Maksudnya…
tiga perkara inilah yang menyebabkan manusia susah hati…
sanggup berkorban…
dan bermatian kerananya….
kehilangan tiga perkara ini akan menyebabkan kesedihan yang amat sangat….
kehampaan yang mencengkam jiwa…
mengeluarkan tangisan…
yang cukup mengharukan…
kerana memang manusia amat mementingkan :

1-Cinta
2- keluarga
3-Kaya raya


Cuba teka kita bekerja keras siang dan malam kerana apa ? 
sudah tentu kerana……

1 – Untuk membahagiakan pasangan yang tercinta
2- Untuk kesenangan kita sekeluarga
3- Supaya kita ada harta yang ditinggalkan


Tanpa kita sedari…
cinta kita kepada tiga perkara ini….
tangisan kita kepada tiga perkara ini…..
kesedihan kita kepada tiga perkara ini …..
sebenarnya melebihi dari cinta kita kepada Allah….
tangisan kita kerana mengingati Allah….
kesedihan kita kerana jauh daripada Allah…..
Kita tidak pernah bersedih jika sembahyang kita tidak sempurna…
puasa kita tidak sempurna….
sedekah kita tidak sempurna….. 
ibadah kita tidak sempurna..kita hanya ketawa apabila kita melakukan dosa….
tanpa kita sedari…
bahawa kita sedang ketawa menuju ke neraka….
yang penuh siksa…?

Nauzubillah…nauzubillah…..!!


Kita tak seperti Rasulullah saw..yang bangun di tengah malam..
bertahajjud mengadap Allah…
merayu…
memohon….
bermunajat….
dengan linangan airmata yang deras mengalir sehingga membasahi janggut baginda…….
sedang nabi saw maksum..
tiada dosa…
dijamin syurga……..!!!


Namun kita…?.
.kita……?...kita……kita…….
tak pernah nak mengalirkan airmata pada situasi begini….
mungkin hati kita dah mati agaknya…..
ketawa..ketawa…ketawalah….
sepuas-puasnya….
kerana barangsiapa yang banyak ketawa di dunia akan menangis di akhirat…
dan barangsiapa yang banyak menangis di dunia ini..
kerana mengerjakan suruhan Allah…
akan ketawa di dalam syurga Allah di akhirat nanti………..


Sesungguhnya kitalah manusia yang melupakan Allah….
dengan tiga ujian yang Allah kurniakan dalam bentuk…..
nikmat ataupun musibah……
Ya Allah ampunkanlah dosaku…..
kerana lalai dalam mengingatimu……
jangan kau siksa diriku…..
di atas kejahilan dan kelalaianku………


sama-sama lah kita menginsafi akan kelemahan diri kita.

hayatilah lagu ini 
PENGASIH nyanyian -IWAN


nurkilah penceramah perak fm



sebagai manusia ..ingatlah senantiasa

~hidup bukan ujian yg disangka indah~

KISAH SAHABAT RASULULLAH S.A.W >>> ABU AYYUB AL-ANSARI RA

ASSALAMUALAIKUM..

kisah hidup sahabat Rasulullah s.a.w ini adalah seorang yg taat pada perintah ALLAH
beliaulah yg menjadikan rumah nya sebagai tempat Rasulullah s.a.w berteduh
mempunyai pengharapan yg besar setelah mendengar sabda Rasulullah s.a.w mengenai 
pembebasan kota konstantinopel 


Abu Ayyub al-Ansari atau nama sebenarnya 
Khalid bin Zaid bin Kulaib 
berasal daripada keturunan Bani An-Najjar.

  Beliau dikenali semasa peristiwa hijrah apabila mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda ditakdirkan untuk mendiami rumah beliau setelah baginda sampai ke Kota Madinah al-Munawwarah.

  Semasa Rasulullah SAW memasuki kota Madinah, setiap orang dalam kalangan kaum Ansar bercita-cita untuk menerima Rasulullah SAW sebagai tetamu 
dan sangat mengharapkan agar Rasulullah SAW 
apabila turun dari untanya lalu berhenti di hadapan rumah mereka. 
Ada di antara mereka cuba menghalang perjalanan unta baginda supaya unta tersebut menghala 
dan berhenti di hadapan rumah mereka.
 Lalu kemudiannya baginda bersabda;

''Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan.''
 Lalu unta tersebut terus bejalan sehingga sampai di hadapan rumah Abu Ayyub al-Ansari RA. 
Lantas unta tersebut mematikan langkahnya.

  Abu Ayyub al-Ansari RA telalu gembira melihat keadaan tersebut, 
lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah SAW, 
menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan terharu tak terkata sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Rasulullah SAW seolah-olah beliau membawa khazanah yang begitu berharga. 
Kemudian beliau menjemput Rasulullah SAW masuk ke rumahnya.

  Rumah Abu Ayyub al-Ansari RA merupakan sebuah rumah yang mempunyai dua tingkat. 
Rasulullah SAW memilih tingkat bawah agar mudah urusan baginda untuk bertemu dengan sahabat yang mana mereka boleh keluar masuk dengan mudah. 
Akan tetapi, keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub al-Ansari RA tidak dapat tidur di tingkat atas. Malah, beliau tidak dapat walau sedikitpun melelapkan matanya.
 Hatta menjelangnya waktu fajar. 
lalu beliau berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu mengadu akan hal tersebut. 
Kemudian beliau meminta agar baginda berpindah ke tingkat atas.

  Pada masa itu juga wajah baginda kelihatan ceria, lantas baginda bersabda;
''Janganlah kamu menyusahkan diri kamu wahai Abu Ayyub. 
Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami.''

  Lalu Abu Ayyub al-Ansari RA mengisahkan peristiwa tersebut :
''Aku melaksanakan perintah Rasulullah SAW yang tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sejuk, bekas air kami pecah lantas menyebabkan airnya tumpah ke lantai tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub (isteriku) terus bergegas ke tempat air yang tumpah itu. 
Namun pada masa itu kami tidak mempunyai walau sehelai kain melainkan kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut ketika tidur.

  Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tertumpah kerana khuatir sekiranya air tersebut menitis ke tingkat bawah,
 yakni tempat Rasulullah SAW berada. 
Pada keesokan harinya, aku berjumpa Rasulullah SAW, lalu aku berkata;

''Demi bapaku, kamu dan ibuku, aku tidak suka berada di atasmu sedangkan kamu di bawahku.''

Setelah itu aku menceritakan kepada baginda mengenai bekas air tersebut. Lalu kemudiannya baginda menerima permintaanku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.

  Rasulullah SAWmenetap di rumah Abu Ayyub al-Ansari RA selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina, 
serta dilengkapi dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid. 
Kemudiannya baginda berpindah ke sana.

  Abu Ayyub al-Ansari RA adalah seorang yang berhati lembut, sangat menyayangi baginda Rasulullah SAW, sangat pemurah, gemar memberi makan kepada orang lain serta beliau juga memiliki sebatang pohon kurma yang mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

  Selain itu, Abu Ayyub al-Ansari RA juga merupakan salah seorang pahlawan perang. 
Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.
 Begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam.
 Kesemua peperangan telah beliau sertai melainkan jika ada peperangan yang berlaku serentak. 
Malah Abu Ayyub al-Ansari RA tidak pernah ketinggalan menurut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman Kerajaan Umayyah.

  Semasa hayat Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda;

''Costantinople (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...''


Demi mendengarkan sabda Rasulullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari RA begitu yakin dan percaya, bahawa suatu hari nanti, kota Costantinople akan jatuh ke tangan umat Islam. 
Sejak itu, umat Islam seluruhnya berlumba-lumba untuk membebaskan kota itu.

  Pada zaman pemerintahan khalifah Muawiyah, 
Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera dengan misi untuk membuka kota Costantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub al-Ansari RA telah berumur. 
Usianya telah mencecah 80 tahun. 
Walaubagaimanapun, beliau tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dengan menaiki pengangkutan laut.

  Semasa dalam pelayaran, Abu Ayyub al-Ansari RA telah jatuh sakit. 
Lalu panglima tentera masa itu bergegas menemuinya, lantas bertanya,
 ''Wahai Abu Ayyub ! Adakah kamu ingin meminta sesuatu?'' 
Justeru Abu Ayyub al-Ansari RA meminta kepada panglima tersebut, sekiranya beliau meninggal dunia, usunglah jasad beliau dan kebumikanlah di bumi Costantinople, 
iaitu di kubu persempadanan Costantinople. 
Ternyata akhirnya beliau meniggal dunia pada ketika itu.

  Setelah peristiwa tersebut, tentera Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit.
 Akhirnya mereka berjaya sampai ke sempadan Costantinople dalam keadaan mereka mengusung jenazah Abu Ayyub al-Ansari RA. 
Di sana, mereka lantas mengebumikan jenazah yang mulia tersebut.

makam abu ayyub al-ansari

  Kehendak Abu Ayyub al-Ansari RA dikebumikan di situ, 
tidak lain hanyalah ingin mendengan derapan kaki tentera Islam yang akan menawan kota Costantinope itu. Derapan kaki sebaik-baik tentera, dan sebaik-baik sultan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

sama-samalah kita menghayati kisah hidup beluai
dan mengambil titik mutiara yg terdapat dalam kisah hidup ini

Wallahualam...





SEMESTER 3 IN CFS IIUM BAKAL BERMULA

ASSALAMUALAIKUM..


insyaALLAH.. 
pada 8 januari 2012
pendaftaran sem 3 akan berlaku
tapi kali neh bukan lagi di uia nilai
tetapi asasi ekonomi akan mendaftar di uia gombak
dan asasi2 lain di uia petaling jaya

inilah jadual perjalanan semester 3

SEBARANG PERUBAHAN SILA RUJUK ECONS DEPARTMENT.
AKU HANYA PELAJAR BIASA..


lepas neh duduk ditempat baru..
rasailah dahulu keadaannya
mungkin ia terbaik buat semua
usah merungut..usah mengarut
kerna itulah pilihan terbaek buat kita
andai ada kesilapan
bukan kesilapan sendiri
tetapi rancangan ALLAH adalah segalanya
bersyukurlah seadanya


semoga semester akan datang lebih baik dari sebelum ini..
tiada yg mustahil untuk dilaksanakan
tiada yg mustahil akan dicapai
insyaALLAH

ingatlah sentiasa
~hidup bukan ujian yg disangka indah~




MENARIK!!! >>> ANGAU CINTA PADA PANDANGAN PSIKOLOGI ISLAM??

ASSALAMUALAIKUM

adanye pon kali neh 
cerite pasal angau cinta...



bermulanya kisah dari seorang manusia
bertanyakan
 kepada insan 
tentang 
ANGAU CINTA PADA PANDANGAN PSIKOLOGI ISLAM??

 insan  yang dikasihi…
saya ingin bertanyakan pada anda tentang misteri angau cinta pada pandangan psikologi Islam….
kerana saya ni macam dah kena angau …..
asyik ternampak bayangan si dia aje…..
kekadang kata kengkawan tidur pun sebut nama dia…..
insan  adakah ini normal???

Pleaseeeeee.jawab insan ….!!!!!


Waa’alaikumussalam…….

Ha ha ha …
ini kes teruk ni…….
kalau dah Nampak bayangan tu tolong jangan pandang belakang….
ha ha ha ha…
eh buat lawak pulak saya ni ye……
alaaa…..
ciannya anak murid saya ni……
hmmmm..memang la kalau kita dah jatuh cinta dan sayang 
memang payah untuk kita memadamkan gambaran orang yang kita cintai itu…

dalam islam ..
cinta hnya selepas akad


Menurut ulamak 
psikologi…orang yang gila bayang ni dia mengalami
 “Thinking disturbance because of crazy about someone ”
….gangguan pemikiran kerana angau “

Maksudnya kita asyik teringatkan seseorang dan rindu kepadanya…
di sini saya tuliskan beberapa situasi…
a few situation that show you’re in love or carzy about somebody:


1-            I was staring on my cellphone and wondering what is the best words to express how i feel but i couldnt find one because u have occupied my mind all the time...all that i know is, im thinking of you

Sentiasa menanti panggilan atau menunggu pesanan sms..
dari si dia yang tersayang….
suara si dia sahaja yg ingin kita dengar 
coretan sms si dia yg ingin kita baca biar beribu ayatnya.



2-            Someone remembers, someone cares;
Your name is whispered in someone’s prayers.

Kita berdoa untuk keselamatan dirinya…
paling penting kita berdoa..
agar dirinya menjadi milik kita


3-            When we're together or when we're apart, you're first in my thoughts and first in my heart.

Bertemu dengannya bahagia…
bila berjauhan sengsara rasa di jiwa.



4-            When you're happy, I'm happy. When you're sad, I'm sad. When you're lonely, call me!

Berkongsi suka duka dengannya…
bila dia sedih kita pun sedih bila dia gembira kita lagi gembira…
dan kita akan cari jalan utk buat dia ketawa gembira.

5-            The one good thing about not seeing you is that I can write you letters.

Kita menjadi orang yang rajin menulis sesuatu tentangnya..tentang puisi cinta…
tentang kisah perjalanan cinta dan memori…
walaupun dahulu kita benci mengarang suatu karangan tetapi kini..
kitalah sasterawan Negara.


6-            Did you ever stop to think, and forget to start again?

Setiap saat dan detik yang berlalu kita akan teringatkan diriyadan tertanya….
apa yang sedang dia lakukan?


7-            Promise me you'll never forget me because if I thought you would I'd never leave.

Perasaan cemburu yang menebal…
rasa takut dilupakan dan rasa takut ditinggalkan.


8-            My goodness how the time has flewn.
How did it get so late so soon?

Masa bersamanya terasa begitu cepat berlalu tak puas rasanya walaupun sudah berjam-jam berbual.


9-            Laying in my bed, rethinking those thoughts that are running through my head. loving every moment i'm around you. its just like a wonderful fairytale come true..

Tempat yang paling kita teringatkan dirinya ialah ketika kita nak tidur…
sambil memeluk bantal…berangan-angan…
oh alangkah indah jika bantal ini adalah dia…
ha ha (sensored)….
haram ni kalau lebih –lebih….kih kih kih.



10-          You are the sun in my day, the wind in my sky, the waves in my ocean and the beat in my heart... Thinking of you!

Setiap hari suasana ceria bagi kita…
walaupun hujan lebat ribut taufan…
tetapi tidak sekuat debaran hati bila bertemu dengannya.


11-          I am waiting and hoping and wishing for the time, when we can be together again! Thinking of You...

Mula terbayang dan memikirkan tentang masa depan dan hari untuk diijabkabulkan.


Inilah sebelas tanda kita dah jatuh cinta dan gila bayang(angau)……..
kes berat dah ni…ha ha ha



SO TERJAWABLAH :::

Pandangan ulamak Psikologi islam.

Ulamak berpendapat angau ini merupakan dosa jika kita biarkan ianya berlarutan lantaran …
perbuatan itu melalaikan kita dan membuat kita lupa kepada Allah.
Ini adalah kerana seorang yang beriman itu wajib sentiasa berada di dalam keadaan berzikir mengingati Allah kerana jika dia membiarkan dirinya lalai maka itu membuka ruang kepada syaitan merosakkan
 dan menghasut dirinya membuat maksiat dan kejahatan.

Firman Allah Taala:

(الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) (الرعد:28

maksodnya::
Dan mereka yang beriman hati mereka itu tenang dengan berzikir mengingati Allah…
bukankah berzikir mengingati Allah itu menenangkan fikiran…?



Oleh itu nasihat saya…
janganlah dilayan perasaan blues cinta suci itu….
tetapi perbanyakkanlah berzikir..membaca Al-Quran…
dan jika dah tak boleh menanggung rindu…
masuk aje meminang…
terus tetapkan tarikh dan berkahwinlah itulah yang terbaik ikut Islam…
bila dah kahwin tak payah lah lagi peluk bantal tu…
ha haha ha…..

Selamat mencuba….
ingat Allah ingat mati….
jangan biarkan gila bayang ini terus mengganggu… 
takut nanti ianya akan bertukar jadi gila babi kan haru….
ha ha ha ha…
jangan marah yeeeeee…ha ha ha ha.

Rajah gambaran gila bayang yang patut kita rasakan

لا بذكر الله تطمئن القلوب
(¯`´¯)░░░░░
░░(¯`´¯)░░░░
░░░(¯`´¯)░░░
░░░░(¯`´¯)░░
░░░░░(¯`´¯)
░░░░░(¯`´¯)
░░░░(¯`´¯)░░
░░░(¯`´¯)░░░
░░(¯`´¯)░░░░
(¯`´¯)░░░░░
(¯`´¯)░░░░░░
(¯`´¯)░░░░░░
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

♥♥ سبحان الله ♥♥ الحمد لله ♥♥

♥♥ لا اله الا الله ♥♥♥ الله اكبر ♥♥

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●




Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk
Seluruh jiwa

Dalam hati ada lagu ni ke….????
 Ha ha kes berat ni…..

Selamat membaca dan ambillah manafaat..... :)


nurkilah penceramah perak fm

SEHARIAN BERSAMA SAHABAT DI KONSERT MAHER ZAIN DAN PERHIMPUNAN MAHASISWA PERAK

ASSALAMUALAIKUM

menggu neh dapat peluang pergi tgk
KONSERT MAHER ZAIN
free
so peluang mmg xdilepaskan lahh

memg jutaan terima kasih kepada kerajaan PERAK
sbb support sume rakyat jelata...haha

mau penoh stadium smalam
dekat 70000 manusia penuhi stadium..

tiket free..

maher zain,,,sewaktu persembahan

 AC mizal pengacara

TGK AH..AC buat rap
"i said maher u said zain"



irfan makki

 maher zain with baju melayu
 maher zain ngan baju melayu
 ramli sarip

maher zain
Add caption

irfAm makki



maher zain

muiz



fadhil

iqbal

nadzif

adib ...

rahman

lutfi

pt

syakirin

faiz

naim

zamil



orang ramai







semangat bebeno

pt n ibe
inilah antara aksi2 menarik semasa konsert..
pelbagai ragam manusia dapat dilihat semasa ia berlangsung
aksi penonton amat menakjubkan..

persembahan pada malam itu di acaarakan oleh 
AC MIZAL
dan persembahan dimulai olah Ramli sarip.
kemudiannya diikuti oleh irfan makki
dengan lagu 
 Mamma, Allahu, 
Waiting For The Call, Mabrook 
dan sebuah lagu Michael Jackson.

kemudian MAHER ZAIN membuat persembahan 
dengan lagu popular beliau sepaerti
Always Be There, The Chosen One,
 Hold My Hand, Ya Nabi Salam Alayka,
freedom
 dan banyak lagi termasuk Insya Allah dalam Bahasa Malaysia.

malah pada akhir persembahan beliau segak memakai sepasang baju maleyu
dan menyanyi kan lagu for the rest of mylife
lag neh amat ditunggu oleh peminat
sebelum tamat acara.

sometimes peolple like a stone in front of maher zain even he sing a "nice" song to remind the people~~
ramai yg dengar n join konsert
tapi xhayati sebetolnya pa yg liik lagu yg disampaikan .
renung2kanlah


*klik utk tengok gambar maher zain lebih menarik



pada sebelah petangnya pula
kitaorang join program
himpunan  mahasiswa bersama2 menteri besar perak


ibe. faiz nadzif









semangat





















BERSAMA MENTERI BESAR PERAK

HANIF N KAPI..

progam ini dianjurkan sempena
tahun MELAWAT PERAK 2012


SEMEMANGNYA pada hari neh mmg gembira dapat jumpa
sahabat2 lama
borak-borak..
cari pasal...
ingat balik kesah2 lama
sampai ade yg kena habes habisan
tapi tuh semua biasalah
ketika bersama sahabat2
segalanya jadi gembira

tengok sahajalah gambar2
duduk di stadium perak utk tgk konsert
siap baring2 lagi
sebab ape??
tempat tuh kita yang punya...haha
so, xpayah nak peduli hape
orang ramai..
penuh stadium.
seronok gembira jadinya

.......................
sentiasalah beringat
~hidup bukan sesuatu ujian yg disangka indah~
buat kita harungi
dalam menempuh arus kehidupan
walau apa pon yg berlaku