KISAH TELADAN BUAT SEMUA ^_^

ASSALAMUALAIKUM

kesah neh merupakan 
kecintaan para sahabat kepada Rasulullah S.A.W

ia aku ambil dari fb seorang kawan
yg aku rasakan kesahnya menarik

TAJOKNYA::

cinta kita & cinta mereka



Seorang sahabat yang bernama Tsauban begitu cinta dan rindu pada Rasulullah SAW. 
Sehari tidak bertemu, hatinya terasa begitu rindu, seolah-olah setahun berpisah.
 Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah sedang diwajahnya tergambar keresahan dan kesayuan. 
Rasulullah SAW lalu bertanya, “Adakah engkau sakit wahai Tasuban?” . 
Katanya “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. 
Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. 
Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. 
Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.”


Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu.
 Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. 
Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw,
 bermaksud “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.” 
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Ya, cinta dan rindu Tsauban RA pada Rasulullah SAW terlalu mendalam.
 Jiwanya terasa begitu terseksa bila berjauhan. 
Hatinya meronta-ronta untuk selalu bertemu dan kekecewaan menguasai dirinya apabila terbayangkan di Akhirat nanti ia terpaksa berjauhan dari Rasulullah SAW.


Bukankah cintanya  terlalu suci dan jernih. 
Sesuci embun pagi dan sejernih air di kali. 
Rindunya terlalu mendalam hingga setiap saat ia terkenangkan Rasulullah SAW. 
Tentu kita boleh bayangkan satu peribadi yang taat kepada perintah Allah dan RasulNya, sentiasa mahu mendengar dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW. 
Jika ada yang cuba mencemari nama baginda Rasulullah SAW dan Islam yang dibawa baginda, tentunya ia adalah orang pertama yang akan mempertahankannya biarpun dengan segala harta  dan nyawanya.


Ya, inilah salah satu kisah cinta yang mampu menggoncang jiwa-jiwa yang beriman. 
Mereka (para sahabat) memang begitu cinta pada Rasulullah SAW, cinta yang setulus hati. 
Bahkan mereka sanggup melakukan apa saja demi baginda dan Islam yang diperjuangkannya.


Mungkin timbul satu persoalan. 
Apa yang menjadikan mereka begitu cinta dan taat kepada baginda Rasulullah SAW? 
Benarkah kita juga cinta dan rindukan Rasulullah SAW sepertimana mereka cinta dan rindu padanya? 
Apa yang membezakan cinta kita dan cinta mereka?

Tentu tidak terlalu sukar untuk membezakan cinta kita dan cinta mereka
 namun
 yang sukar ialah untuk memahami bagaimana cinta mereka begitu tinggi dan suci agar kita dapat membina rasa cinta yang sama.
Mereka mengenali Baginda


Mereka mengenali baginda Rasulullah SAW dengan jiwa mereka.
 Mereka menghayati pengorbanan Rasulullah SAW untuk ummatnya dengan hati dan perasaannya. 
Mereka menelusuri detik-detik perjuangan Rasulullah SAW dengan penuh rasa kasih dan terhutang budi.
 Lalu hati mereka begitu cinta dan rindu pada baginda.
Air mata mereka mengalir apabila lama tidak bersua dengan Rasulullah SAW.
Pernah satu ketika Saidina Bilal bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. 
Ketika itu Rasulullah SAW telah lama wafat, meninggalkan para sahabat RA.
 Apabila cerita itu tersebar, sahabat dan sahibah tidak keluar dari rumah mereka. 
Masing-masing termenung membayangkan saat-saat mereka bersama Rasulullah SAW.
 Hati mereka menjadi begitu rindu, saya dan terlalu pilu dengan kehilangan baginda. 
Seharian melayan perasaan lalu mereka berkumpul dan meminta Bilal RA mengumandangkan azannya. 
Ya, sejak kewafatan Rasulullah SAW Bilal tidak lagi pernah mengalunkan azannya. 
Oleh itu jika hari ini Bilal mengumandangkan azannya, para sahabat akan terasa seolah-olah mereka masih berada bersama Rasulullah SAW, 
tentunya NOSTALGIA mereka bersama Rasulullah akan lebih lengkap.
Kerana tidak mampu menolak desakan yang bertubi-tubi itu maka Bilal pun mula mengumandangkan azan. Semua sahabat tertegun diam hinggalah mereka mendengar kalimah Assyhadu anna Muhammadar Rasulullah, jiwa mereka tidak lagi mampu bertahan lalu mereka menangis sepuas-puasnya.


Siapa yang tidak merasa kehilangan, 
siapa yang tidak merasa rindu jika yang hilang itu adalah Rasulullah SAW yang mereka kenali lebih dari anak-anak mereka sendiri.


Jiwa mereka benar-benar telah menyaksikan betapa besar pengorbanan Rasulullah untuk ummatnya. 
Bahkan baginda SAW telah mengorbankan segala-galanya demi untu keselamatan dan kebahagiaan ummatnya.


Jiwa mereka menyaksikan darah Baginda SAW yang mengalir membasahi bumi Ta’if ketika batu-batuan keras dilemparkan ketubuh baginda dan diiringi lemparan itu dengan cercaan dan hinaan. 
Bahkan ada yang mencerca baginda “Tidak adakah orang lain selain kamu yang dipilih sebagai rasul?” 
Ada juga yang menghina “Jika kamu ini benar seorang rasul maka kamu terlalu mulia…
pergi kamu dari sini, kami ini orang hina. 
Tetapi jika kamu menipu maka kamu adalah terlalu hina, maka pergi kamu dari sini, kami terlalu mulia untuk kamu”

Jiwa mereka meyaksikan bagaimana peritnya Rasulullah merenatasi padang pasir sejauh hampir 500 KM hanya untuk menyelamatkan mereka dari neraka Allah SWT. 
Bukan untuk pangkat dan kuasa, bukan untuk harta dan kekayaan bahkan baginda korbankan segala yang dimiliki untu keselamatan ummat ini.

Jiwa mereka menyaksikan darah baginda mengalir membasahi bumi Ta’if. 
Mereka melihat penderitaan baginda ketika dicabutkan rantai dari baju besi baginda yang patah lalu menikam dan menembusi kulit mukanya dan terbenam pada gusi baginda.
 Abu Ubaidah RA mencabut satu darinya lalu sebatang gigi baginda yang mulia tercabut bersamanya. Lalu satu lagi dicabut menjadikan dua batang gigi baginda tercabut.

Inilah yang mereka saksikan dengan jiwa mereka, dengan hati dan perasaan mereka. 
Pengorbanan yang begitu tulus suci.
 Rasulullah SAW korbankan segalanya untuk mereka dan kita. 
Untuk kita mengenal Allah SWT, untuk kita selamat dari neraka Allah SWT, untuk kita bahagia di dunia dan akhirat.

Adakah kita benar-benar mengenali baginda? 
Sudah berapa buku sirah yang kita baca? 
Sudah berapa kisah baginda yang kita hayati?
 Adakah buku baca sirah yang kit abaca itu melebihi novel yang telah kita habiskan.
 Saya tidak kata kana baca novel itu salah tetapi jika kita jadikan sebagai ukuran, seharusnya lebih banyak buku sirah yang kit abaca berbanding novel. Benar-kah kita benar-benar mengenali Baginda SAW, menghayati perjuangannya, menelusuri liku-liku hidup baginda dan menangisi keperitan yang baginda tempuhi.


Nusaibah RA begitu mengenali baginda hinggakan ketika medan Uhud berantakan dan hanya beberapa sahabat yang berada di sekitar baginda SAW. 
Nusaibah yang hanyalah seorang perawat lalu meninggalkan pesakit-pesakitnya dan menjadikan dirinya sebagai anak panah yang gila mencari tubuh baginda. 
Hinggakan Rasulullah SAW bersabda “Di medan uhud, Nusaibahlah yang paling sibuk.” 
Dia berada dimana-mana saja anak-anak panah cuba menyentuh tubuh baginda. 
Ketika Rasulullah memandang ke kanan dilihatnya Nusaibah, Baginda memandang kekiri ..dilihatnya Nusaibah.
 Ketika itu diriwayatkan tubuh Nusaibah dipenuhi 12 anak panah dan salah satunya mengenai tengkuknya menyebabkan kecederaan yang agak lama.

Ketika selesai peperangan uhud, Baginda bertanya pada Nusaibah, apa yang dia inginkan. 
Ya, apa yang Nusaibah inginkan untuk segala penderitaannya?
 “Ya Rasulullah….aku ingin bersama mu di syurga nanti”

Apa yang kita rasakan dengan kisah cinta mereka kepada Rasulullah SAW? 
Bagaimana dengan cinta kita?
Maafkan saya, saya manusia hina. Saya ingin mencintai baginda SAW namun terasa begitu malu untuk mengungkapnya. 
Cinta saya terlalu hina berbanding cinta mereka. 
Namun saya berdoa agar Allah memasukkan saya dalam golongan yang benar cintanya pada Rasulullah SAW.




Ya Allah
Aku terasa malu untuk mengungkapkan cintaku pada kekasihMu 
Namun aku tidak malu untuk berdoa kepada Mu supaya menjadikan aku orang yang benar-benar cinta kepadanya.

Ya Allah
Aku ingin benar-benar cinta pada dia yang telah mengorbankan semuanya untuk kami menjadi hamba Mu, Dia yang darahnya mengalir membasahi bumi Mu demi kebahagiaan kami disisiMu juga dia yang menyebut-nyebutkan kami disaat sakitnya sakaratul maut.
 Dia yang memanggil kami Ummati! Ummati! Ummati!.
Kurnikanlah kami hati yang lembut hingga kami mampu mendengar panggilan kasihnya itu ya Allah. Dan janganlah Kau matikan kami ya Allah tanpa cinta kami kepada Mu dan kepadanya.

Amin ya Robbil Alamin.

....................

semoga kesah ini boleh dijadikan teladan dan semangat utk kita teros berjaya..
dan teros mencintai ALLAH dan RASULULLAH S.A.W


ingatt..
ciNtakan ALLAH dan RASULULLAH 
akan menjadikan kita insan yang berjaya dan bahagia sentiasa
serta kita pasti akan mendapat cinta kita dengan izinNYA
insyaALLAH


 cerita nih aku copy from MUNA~~
haha

....................................

lihat lah juga 

Mesin Basuh Baju Tak Boleh Sucikan Najis!!! melainkan..


.............................

ingatlah selalu wahai teman..

~hidup bukan ujian yang disangka indah~




2 comments:

Muhammad Adam bin Roslan said...

hebatnya cinta mereka.. aku pun rasa rendah diri sangat2

AidiL aFiFi said...

kita juga boleh jadi seperti mereka jika ada semangat dan kecintaan yg jitu