ANTARA KEJAHILAN HAWA NAFSU YANG BISA MEROSAKKAN NILAI KEAGAMAAN

ASSALAMUALAIKUM

kali ni saya akan 
mengenai satu topik yg hangat diperkatakan..
sering menjadi isu..
iaitu

HUDUD


........
UMAT MELAYU ANTARA KEJAHILAN GILAKAN HAWA NAFSU…DAN SOMBONG TERHADAP HUKUM ALLAH.

daripada seorang hamba ALLAH yg prihatin terhadap isu semasa

Assalamualaikum ustaz...
apa pandangan ustaz tentang filem pendek mengenai "musim hudud" dan  yg di siarkan di youtube??
Ustaz boleh menontonnya dengan hanya klik ini : 


Wa’alaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh….
Jawab ustaz..

Terima kasih di atas soalan yang diberi….
ustaz dah tengok youtube ini dan beristighfar panjang…
kerana yang di hina di sini bukan parti pembangkang..
tetapi hudud Allah yg dipermainkan.


Wahai saudaraku orang Melayu…..
yang mengaku beriman dan percaya kepada Allah….
sedarilah isu hudud ini isu sensitive…
janganlah dijadikan hudud itu sebagai bahan ketawa dan gurauan yang menghina Allah…
Tahukah kalian pihak yg membuat filem pendek ini…
bahawa hudud yang kamu labelkan sebagai hudud pembangkang itu adalah milik Allah dan bukan milik mana-mana parti?
sekiranya kalian bencikan parti pembangkang pun janganlah hudud dihina sebegini..


Sekiranya kamu merasakan hudud pembangkang tidak betul maka wajib bagi kamu membawa hudud yg pada pandangan kamu itu betul…
jika tidak kamu adalah berdosa besar…
fasiq malah boleh terkeluar akidah kamu dari Islam.

sebatan

Mari kita lihat apa pandangan ulamak tentang mereka yg menentang 
hudud
( hukum Allah ) 
itu…..


الإمام القرطبي (المتوفى سنة :671)
وقال في "المفهم" (5/117): "وقوله ﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ﴾
وبيان هذا: أن المسلم إذا علم حكم الله تعلى في قضية قطعاً ثم لم يحكم به، فإن كان عن جحد كان كافراً، لا يختلف في هذا، وإن كان لا عن جحد كان عاصياً مرتكب كبيرة، لأنه مصدق بأصل ذلك الحكم، وعالم بوجوب تنفيذه عليه، لكنه عصى بترك العمل به، وهذا في كل ما يُعلم من ضرورة الشرع حكمه؛ كالصلاة وغيرها من القواعد المعلومة، وهذا مذهب أهل السنة"

Ertinya:

Menurut Imam Al-Qurtubi wafat pada 671 H di dalam kitabnya Al-mafham (117/5) pada firman Allah
 “barangsiapa yg tidak menghukum dengan hukum Allah..
maka mereka itulah golongan yang kafir.
Menurut beliau seorang muslim yang mengetahui bahawa hukum Allah itu telah ditetapkan tetapi tidak mahu melaksanakannya lantaran kerana menentang hukum Allah yang ditetapkan itu maka jadi kafirlah dia.
Tetapi sekiranya bukan kerana menentang..
Cuma dia tidak mahu melaksanakannya..
maka dia melakukan maksiat dan berdosa besar…
kerana dia telah maklum akan hukum wajibnya dilaksanakan tetapi dia enggan melaksanakan.


الإمام ابن الجوزي (المتوفى سنة : 597)
قال في "زاد المسير" (2/366): وفصل الخطاب: أن من لم يحكم بما أنزل الله جاحداً له، وهو يعلم أن الله أنزله؛ كما فعلت اليهود؛ فهو كافر، ومن لم يحكم به ميلاً إلى الهوى من غير جحود؛ فهو ظالم فاسق، وقد روى علي بن أبي طلحة عن ابن عباس؛ أنه قال: من جحد ما أنزل الله؛ فقد كفر، ومن أقرّبه؛ ولم يحكمم به؛ فهو ظالم فاسق".

Berkata pula Imam Ibnul Jauzi yang wafat pada tahun 597 H…di dalam kitabnya Zadul masir

Bahawa barangsiapa yg tidak melaksanakan hukum yang diturunkan Allah taala kerana menentang perlaksanaannya..
menolak kewajipannya sedangkan dia tahu itu hukum yang Allah taala turunkan..
sebagaimana orang Yahudi yang menolak mentah-mentah hokum Allah…
maka jadi kafirlah dia.
Tetapi jika dia tidak menolaknya…
tidak menentang sekeras-kerasnya cuma dia tidak mahu melaksanakannya keran menurut hawa nafsunya…
maka dia adalah orang yang zalim lagi fasik.


- شيخ الإسلام ابن تيمية (المتوفى سنة :728)
قال في "مجموع الفتاوى" (3/267): والإنسان متى حلّل الحرام المجمع عليه أو حرم الحرام المجمع عليه أو بدل الشرع المجمع عليه كان كافراً مرتداً باتفاق الفقهاء، وفي مثل هذا نزل قوله على أحد القولين :﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ﴾ [المائدة:44] ؛ أي: المستحل للحكم بغير ما أنزل الله"

Berkata pula Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah..wafat pada tahun 728H di dalam kitabnya Majmual Fatawa;

Dan manusia yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah taala atau telah mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah atau menggantikan hukum Allah dengan hukum yang selainnya
(menganggap hukum yang lain lebih baik dari hukum Allah) ..
dia itu adalah manusia yang kafir dan murtad dengan persetujuan fuqahak(ahli feqah)


Cukuplah dengan tiga pandangan ulamak yang tersohor tentang mereka yang tidak mahu melaksanakan hukum hudud di atas muka bumi ini.

Ulamak telah bersepakat bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan tanpa sebarang penangguhan …
mana-mana individu…
pihak…
kumpulan…
NGO..
ustaz…
ulamak mahupun mufti yang menyatakan hudud terpaksa ditangguhkan perlaksanaannya maka menurut pendapat di atas…… 
mereka inilah golongan yang zalim dan fasik.


Dan sekiranya mereka menolak hukum hudud dengan mengatakan ianya tidak wajib..
malah mengata dan memperlekehkan dengan niat menghina
 maka terkeluarlah akidahnya dari Islam(murtad)


Ini adalah kerana masalah kecurian..
rompakan…
rogol bunuh..
semakin menjadi-jadi dan tidak boleh dibendung lagi melainkan dengan melaksanakan perintah Allah…
dan
 perintah Allah itu wajib kita laksanakan sama macam solat puasa dan sebagainya daripada rukun Islam.


Jadi kepada mereka yang terlibat dengan pembikinan filem pendek mengenai hudud ini wajiblah bertaubat dan mengucapkan kembali dua kalimah syahadah…
kerana walaupun anda berpendapat hudud yang ada itu adalah hudud yang direka oleh parti pembangkang…maka anda silap besar kerana hudud itu milik Allah.


Sekiranya anda merasakan hudud pembangkang itu tidak betul…
silalah buat hudud yang betul pada pandangan anda mengikut syariat yang betul…..
 laksanakan Islam yang betul….
maka kami golongan ustaz akan menjadi golongan pertama yang menyokong anda.



Tetapi sekiranya anda tiada keinginan untuk melaksanakan hukum Allah maka janganlah dihina mereka yang ingin melaksanakannya…
kerana anda sendiri yang akan menerima hukuman tuhan…
jangan permainkan isu ini….
jangan gunakan hukum Allah sebagai mainan atau senjata menghina parti yang kamu tidak suka…
kerana ianya menyentuh sensiviti umat Islam…
maka tidak hairanlah hari ini ada orang bukan Islam semakin berani mempertikaikan hukum Islam dan menghinanya atas sokongan orang Islam itu sendiri…

Ya Allah…
ampunkanlah kejahilan dan kebebalan umat Melayuku yang menghina syariatmu….
janganlah kau turunkan bala ke atas kami kerana kejahilan sebahagian daripada kami

amin ya rabbal alamin..

.......................................................

~hidup bukan ujian yang disangka indah~

4 comments:

ayiel said...

thumbs up!
speechless :)

AidiL aFiFi said...

thanks USTAZAH :))

Muhammad Adam bin Roslan said...

kita boleh tentang ulama' yang x sokong hukuman Allah.. apa guna ada ilmu tapi x amal..

AidiL aFiFi said...

betol adam...tapi siapalah kita hendak upaya melawan dgn mereka yg bijak amalannya...berdoalah seadanya