HUKUM BEKERJA DI TEMPAT JUDI

orang bertanya ustaz menjawab... credit to : ustaz munawir

assalamualaikum ustaz.....
maaf mnganggu...
sy nk bertanye pada ustaz tntng masalah seorng kleuarga terdekat sy..
dahulunye die bekerja sebagai p'jaga kuda (petugas sgala penjagaan kuda) di satu kelab lumba kuda di ipoh...
untuk pngetahuan ustaz,segala kuda2 yg ade disitu dilatih utk berlumba (yg slalunye org akan berjudi didalam perlumbaaan kuda t'sebut)...
kuda tersebut pula selalunye akn dipaksa utk menerima suntikn dadah supaya pantas berlumba & bersifat agresif....


-soalannye::

adakah halal gaji beliau yg hnye seorng 'petugas segala penjagaan' di tempat tersebut yg penuh dengn aktiviti perjudian & b'sifat zalim pd binatang ustaz??
 bgaimna cara sy utk menerangkn pd die ustaz???

WAALAIKUMUSSALAM.........

Terima kasih di atas soalan yang telah diajukan ustaz......

Memang tidak syak lagi bagi seorang Muslim untuk mengimani bahawa Allah swt telah mengharamkan arak dan judi.Dan Allah telah menjadikan kedua-duanya sebagai dosa besar.

Firman Allah Taala:

( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنْصَابُ وَالأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ * إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ ) المائدة/90 – 91.

Ertinya:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”

“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.(Surah Al-Ma’idah: 91


Berdasarkan ayat di atas...
Allah telah mengharamkan segala bentuk kerja-kerja yang ada kaitan dengan arak dan judi....
kerana bekerja di tempat judi itu samalah kita menyokong dan membantu kejahatan


Firman Allah:

: ( وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ
وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ )

المائدة/(2)

Ertinya:.

Dan tolong menolonglah kamu di dalam perkara kebaikan dan janganlah kamu tolong menolong di dalam perkara yang membawa dosa dan permusuhan dan takutlah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah amat pedih azabnya.

Menurut kaedah di dalam kitab usul fiqh...

والقاعدة عند علماء الشرع " الوسائل لها أحكام المقاصد " فكل ما أدى إلى وجود الحرام وأوصل إليه فهو حرام

Ertinya : “Setiap perkara yang boleh membawa kepada wujudnya benda yang haram dan yang menyampaikan kita untuk terjerumus kepada yang haram maka hukumnya adalah haram

Ulamak menetapkan tidak boleh seorang Muslim bekerja di tempat yang menjalankan aktiviti maksiat kepada Allah.Kelab lumba kuda telah digazetkan secara jelas sebagai kelab yang menganjurkan judi......
kerja menjaga kuda pada asalnya harus..
tetapi apabila dikaitkan dengan judi maka hukumnya adalah haram bekerja di kelab itu.
Sekiranya dia telahpun bekerja di tempat itu maka wajib baginya untuk berhenti dan mencari kerja yang halal.

Kerana sekiranya dia bekerja di di situ lagi 
maka dia termasuk di dalam orang yang bersubahat dan menolong pihak penganjur perjudian di dalam kerja-kerja maksiat.
.

.
قال القرطبي رحمه الله : وجوب اجتناب أصحاب المعاصي إذا ظهر منهم منكر؛ لأن من لم يجتنبهم فقد رضي فعلهم ، والرضا بالكفر كفر.

Telah berkata Imam Al-Qurtubi :

Wajib kita menjauhi ahli maksiat apabila secara jelas mereka melakukan kemungkaran..kerana barangsiapa yang tidak menjauhi ahli kemungkaran maka dia telah reda dgn kemungkaran mereka.Redha dengan kekufuran (maksiat) adalah kufur kepada Allah.


ثم إنه يخشى على من عمل في هذه الأماكن أن يضعف إيمانه ، وأن تذهب الغيرة من قلبه ، وربما دعاه الشيطان إلى مقارفة المعصية

Ertinya:

Kemudian ditakuti bekerja di tempat itu akan melemahkan imannya..menyebabkan sensitivity berkaitan perkara haram hilang dari hatinya(tak kisah halal haram) dan akan membuka ruang kepada syaitan utk menjadikannya suka kepada maksiat.

Allah taala telah berfirman:

وقد قال الله تعالى :( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ) النور/

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan sesungguhnya barangsiapa yg mengikutinya maka dia telah menyuruh kepada kejahatan dan kemungkaran
(surah An-Nur :21)



بناءً على ما سبق ، لا يجوز لمسلم أن يعمل في هذه الصالة ؛ لأنه بذلك يكون معينا على معصية الله وراضياً بها أو في حكم الراضي عنها ،

Maka di atas penerangan yang lalu maka adalah dilarang(haram) bagi seorang Muslim bekerja di tempat yang ada kaitan dengan judi..kerana bekerja di tempat sebegini bermakna dia telah menjadi penolong kepada perkembangan maksiat(judi) dan dia reda dengan judi ataupun berada bersama orang yang redha kepada judi.


، ولا يغتر المسلم بما يأخذه من مال فإنه مسئول يوم القيامة عن ماله من أين اكتسبه ( أخذه ) وفيما أنفقه

Dan ingatlah seorang Muslim akan ditanyakan oleh Allah di hari kiamat tentang dari mana dia mendapatkan sumber rezeki dan ke mana dia belanjakan.

Adapun memberikan dadah kepada kuda juga merupakan perbuatan yang haram kerana ia termasuk di dalam perbuatan menganiaya haiwan......
dan menganiaya haiwan termasuk di dalam sifat menzalimi makhluk.

Di dalam satu riwayat hadis nabi saw pernah menegur seorang lelaki yang meletakkan beban yang terlalu berat untuk dibawa oleh seekor keldai.....
Nabi menyuruh lelaki itu berlaku ihsan....
belas kasihan kepada keldai walaupun ianya binatang dan menyakiti binatang yang juga makhluk tuhan adalah berdosa,

Maka kesimpulannya berdasarkan hujah yang bersandarkan dalil-dalil yang telah diberikan tadi maka hukum gaji yang diperolehi dari kerja yang dibuat di kelab lumba kuda adalah jelas haram....
dan 
hendaklah saudara menasihatinya dengan cara yang berhikmah dengan memberikan info-info yang dia boleh baca tentang isu ini.

Sekiranya dia seorang yang takutkan azab Allah insyaallah dia akan berhenti dan mencari kerja yang lain.....
sekiranya dia buat tak kisah anda kena bersabar teruskan menasihatinya sehingga Allah membukakan pintu hatinya...
untuk menerima nasihat dan yang lebih penting lagi ini...merupakan perintah Allah.

Semoga Berjaya mengajak manusia kepada kebaikan...

Wallahua’lam bissowab......

sama2 lah kita menghindarinya dan sebarkan lah pengetahuan ini  kepada umum!!!

7 comments:

♥Nur Ayuni Khalib said...

nice sharing:)
tp when baca nie, sy t'fikir tentang bagaimana hukum seorg muslim yg bekerja di supermarket yg menjual arak..yess, memang lah,tmpt jual arak tue diasingkan di sebuah bilik yg lain, tapi macam mane ngan gaji yg diterima..?? ofcoz,all profit of those supermarket akan b'campur, meaning that duit2 tue pom b'campur ngan duit arak..yg mana haram bagi umat islam..so?? duit tu pom haram jugaklah..
(paham x??)

::timbul tanda tanya..

Unknown said...

ye2 saya faham.. thanks coz reading..

Muhammad Adam bin Roslan said...

nice bro.. haha..

Unknown said...

haha....thanks adam..

Cik Bunga said...

Mcm mane pula org yg bekerja di kedai2 pinjaman peribadi yg mngamalkan riba tu?gaji yg diterima tu adakah halal?mohon penerangan..

sarah said...

BATAS MAXIMAL INVEST DENGAN NOMINAL BET YANG SAMA: 40 LINE (2D), 400 LINE (3D), 3000 LINE (4D). Jika masih melakukan betting invest melebihi batas maximal line akan kami berikan peringatan ringan sampai terjadinya pemblokiran permanen account dan saldo tidak dikembalikan.

Liya said...

Salam, saya cashier di satu kedai. Dan saya dapat tahu kedai tersebut ada menjual kad judi. Jadi, boleh terang kan apa hukum nya jika saya terus bekerja di situ. Adakah konsep nya sama seperti pekerja yg bekerja di supermarket yg menjual arak? Mohon pencerahan Terima kasih.