KeLEBihaN @ FADhiLAt Puasa Sunat Hari Arafah 9 zULHijjaH

Kelebihan puasa Hari Arafah




padang arafah

lautan manusia di padang arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” 
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. 
InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – 
(Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah –
 (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi) 


Memandangkan Hari Raya Aidiladha dekat Malaysia jatuh pada hari Ahad 6/11/2011,
 maka hari Sabtu 5/11/2011 boleh la puasa sunat Hari Arafah. Ajak ramai-ramai puasa sunat Hari Arafah, insyaAllah ada sahamnya. 
Dan jangan lupa share post ni ye. 

CREDIT TO AMAR ZAIM