TAuBaT naSuHA

ASSALAMUALAIKUM...

Tuhanku..
bantulah hambamu..
mogaku tahu..
aku milikMU..
dalam setiap amalanku ..
banyakku melupaiMU..
moga KAU mendengar rintihanku....




begitulah kita sebagai insan bergelar manusia
sering kali alpa kepada sang PENCIPTA..
kita lebih suka melakukan sesuatu perkara mengikut hawa nafsu
malahan
kita hanya mengingati ALLAH s.w.t
 apabila kita sakit dan dalam kesusahan
apabila kita senang kita melupaiNYA

wahai ummat akhir zaMAN..
bertaubat lah.
selagi pintu taubat masih terbuka..


berkenaan dgn taubat mari kita hayati firman Allah taala tentang taubat.........:


وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ

Dan bersegeralah menuju ampunan Tuhanmu 
(QS. Ali Imran : 133)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha
(QS. At-Tahrim : 8)


وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ

 Dan Allah menyeru kalian kepada surga dan ampunan dengan izin-Nya (QS. Al-Baqarah : 221)


Rasulullah SAW bersabda:

لَلَّهُ أَشَدُّ فَرَحًا بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ حِينَ يَتُوبُ إِلَيْهِ مِنْ أَحَدِكُمْ كَانَ عَلَى رَاحِلَتِهِ بِأَرْضِ فَلاَةٍ فَانْفَلَتَتْ مِنْهُ وَعَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَأَيِسَ مِنْهَا فَأَتَى شَجَرَةً فَاضْطَجَعَ فِى ظِلِّهَا قَدْ أَيِسَ مِنْ رَاحِلَتِهِ فَبَيْنَا هُوَ كَذَلِكَ إِذَا هُوَ بِهَا قَائِمَةً عِنْدَهُ فَأَخَذَ بِخِطَامِهَا ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ اللَّهُمَّ أَنْتَ عَبْدِى وَأَنَا رَبُّكَ.
أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ

Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya ketika ia bertaubat kepada-Nya daripada (kegembiraan) seseorang yang menunggang untanya di tengah gurun sahara yang sangat tandus, lalu unta itu terlepas membawa lari bekal makanan dan minumannya. Ia putus harapan untuk mendapatkannya kembali. Kemudian dia menghampiri sebatang pohon lalu berbaring di bawah keteduhannya karena telah putus asa mendapatkan unta tunggangannya tersebut. Ketika dia dalam keadaan demikian, tiba-tiba ia mendapati untanya telah berdiri di hadapannya. Lalu segera ia menarik tali kekang unta itu sambil berucap dalam keadaan sangat gembira: Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhan-Mu." Dia salah mengucapkan karena sangat gembira. 
(HR. Muslim)


Dan orang-orang yang bertaubat..dan orang-orang yang beribadat...dan orang-orang yang memuji Allah...Dan orang-orang yang bertasbih..dan orang-orang yang rukuk serta sujud....dan orang-orang yang menyeru kepada kebaikan mencegah kemungkaran dan mereka yang menjaga batasan (syariat) yang Allah tetapkan..berikanlah berita gembira(syurga)kepada mereka yang beriman.
( At Taubah : 111-112 )



Mari kita lihat apakah yg telah di perkatakan oleh ulamak tentang taubat:

Taubat Dari Segi Bahasa

Taubat dari segi bahasanya diambil daripada huruf ( ta wa ba ) yang membawa makna kembali...
bila dikatakan dia telah bertaubat daripada dosanya bermaksud dia kembali kepada Allah dengan meninggalkan dosa melalui taubat......
Taubat itu itu juga membawa maksud meninggalkan dosa dengan cara yang terbaik.

Taubat Dari Segi Istilah :

Telah berkata Ar-Raghib taubat pada segi syarak 
meninggalkan dosa kerana keburukannya dan menyesal di atas apa yang telah dilakukan daripada perbuatan dosa itu ..
dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang lalu...
dan menggantikan semula segala amalan yang jahat itu dengan amalan yang baik.


SYARAT-SYARAT TAUBAT .

Telah berkata Imam An-Nawawi..... 
taubat itu adalah wajib bagi setiap manusia yang melakukan dosa..s
ekiranya dosa itu hanya melibatkan dosa kita dengan Allah maka antara syarat taubat itu diterima ialah :

         1.  Meninggalkan maksiat yg dilakukan
         2.  Menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan
         3. Berazam dengan kesungguhan untuk tidak kembali melakukan dosa maksiat selama-lamanya

Menurut Imam An.Nawawi lagi 
sekiranya 
kita meninggalkan salah satu syarat di atas maka tidak sah taubatnya.


Dan
 ditambahkan syarat yang keempat iaitu...
jika 
dosanya berkaitan dengan kesalahan sesama manusia maka hendaklah dia memohon ampun di atas segala kesalahan yang dilakukan...
kepada tuan punya diri yg dizalimi...
dan sekiranya ianya berkaitan dengan harta...
maka hendaklah dipulangkan kembali

Taubat Nasuha


Telah berkata Syeikh Hassan Al Basri :
Taubat nasuha itu ialah apabila seorang hamba menyesal dengan sebenar-benar kesal dengan sepenuh hati dengan dosa yang dilakukan dan berazam tidak akan melakukan dosa itu lagi.

Menurut Para ulamak tasauf cara melaksanakan taubat ialah
1-            Menunaikan solat sunat taubat
2-            Memperbanyakkan puasa sunat
3-            Banyakkan bersedekah

Mudah-mudahan segala dosa yang kita lakukan pada masa dahulu itu kita hentikan dan sesali segala keterlanjuran kita...
ingatlah sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani

Janganlah kita berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah.....
selama mana ada nafas dan nyawa kita selagi itulah pintu taubat masih terbuka untuk kita walau apapun dosa yang kita lakukan dan sebesar manapun kejahatan itu....
dengan taubat nasuha ...
pasti Allah akan menerimamu kembali.....
kerana Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang


sama2lah ita menghayati zikir taubat nasuha ini

Wallahua'lam bissawab



credit to :: ust munawir 




No comments: