AMALAN BURUK ------>>> GAY ..LESBIAN MENGHANCURKAN KETURUNAN

assalamualaikum...

entri kali neh pasal 
Amalan buruk Gay, Lesbian hancurkan keturunan
sbb aPA??
gejala ini semakin berleluasa
baru2 ini kita di gemparkan mengenai

   SEKSUALITY MERDEKA

yg bertujuan utk membela 
golongan gay . lesbian dn sewaktu dgnnya

malahan kini masyarakat amat terdedah dengan gejala tidak sihat ini


gmbar dari filem aku bukan tomboy~




MUTAKHIR ini banyak dipaparkan mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa. 
Ada menganggap gejala ini tidak serius dan masih terkawal tetapi persoalannya wajarkah kita membiarkan ia merebak.

Umat Islam perlu memandang serius perkembangan ini kerana 
ada di kalangan mereka terbabit gejala yang dilaknat Allah. 
Kemodenan dan kecanggihan bukan alasan untuk kita mengorbankan jati diri sebagai umat Islam, 
sebaliknya perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah bagi menghadapi dunia serba mencabar.

Kelompok terbabit mencintai sesama jenis bukan saja merasa diri tidak bersalah 
malah ada antaranya
 bangga 
dengan ‘kelebihan’ yang kononnya mereka miliki. 
Perlu difahami, 
kecenderungan seseorang kepada homoseksual atau lesbian bukan takdir tetapi pilihan ditentukan sendiri. Justeru, 
mereka perlu bijak mengendalikan nafsu dan bukannya menjadi hamba kepada nafsu.
Mungkin ada antara mereka merasakan itu hak kebebasan sebagai manusia tetapi hakikatnya manusia tidak pernah diberi hak penuh untuk memuaskan segala keinginan hatinya.
Sebaliknya, 
hak manusia itu dibatasi hukum Islam yang ditetapkan dan tidak pernah berubah. 
Begitulah mereka yang terjebak dengan homoseksual dan lesbian, 
sebagai insan dilahirkan sebagai Islam, 
seharusnya mengerti perlakuan itu bertentangan dengan perintah Allah.

Firman Allah bermaksud:
 “Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu mengerjakan perbuatan yang keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata, Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari bandarmu ini; sesungguhnya mereka adalah orang yang berpura-pura menyucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan keluarganya melainkan isterinya; dia termasuk orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan.” (Surah Al-A’raaf: 80-84)

Perkataan keji dalam konteks ini bererti tindakan cabul, sodomi dan lesbian yang dilakukan kaum Lut.
Dosa besar dilakukan kaum Lut akan dihukum di akhirat kerana hukumannya lebih berat daripada azab dunia dan kehinaan di akhirat adalah lebih besar daripada kehinaan di dunia.

Ulama bersetuju berdasarkan al-Quran dan hadis, a
danya larangan keras terhadap perbuatan homoseksual dan lesbian 
kerana 
kedua-dua tindakan itu pemusnah kepada institusi kekeluargaan serta ikatan pernikahan yang suci.
Justeru,
 mereka yang terjebak gejala ini perlu mengawal nafsu kerana manusia bukan haiwan yang dikawal oleh nafsu seks semata-mata. 
Manusia bertanggungjawab mengetahui bagaimana mereka dapat mengarahkan keinginannya yang juga suatu kepercayaan Allah diberikan kepada mereka, 
baik lelaki mahupun wanita.
Oleh itu, 
jika ada antara mereka menganggap apa dilakukan adalah satu kebebasan dan hak sebagai manusia, 
ia hakikatnya satu penyimpangan kepada sebuah kehidupan. 
Apatah lagi Islam sememangnya sudah menetapkan hukuman berat kepada yang melakukan perbuatan itu.

Allah berfirman bermaksud: 
“Dan (terhadap) wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi antara kamu (yang menyaksikannya).


Kemudian apabila mereka memberi kesaksian, maka kurunglah mereka (wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan lain kepadanya. Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji antara kamu, maka berilah hukuman kepada kedua-duanya, kemudian jika kedua-duanya bertaubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” 
(Surah An-Nisa: 15-16)

Ulama menyatakan ayat 15 itu 
adalah lesbian yang melakukan perilaku sesat dan ayat berikutnya merujuk homoseksual yang melakukan perbuatan mungkar.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
 “Empat kelompok manusia yang bangun dari tidurnya di bawah kemarahan Allah dan pergi tidur di bawah ketidaksenangan Allah. Mereka yang mendengarkan perkataan Baginda bertanya: Siapa mereka ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.”

Kita mengharapkan mereka terbabit perlakuan dimurkai Allah itu 
akan segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, 
sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya kecuali bagi mereka yang syirik.



jauhilah zina!!!
jauhilah zina!!!
jauhilah zina!!!

credit to:: feryco

8 comments:

mim.fa =] said...

gay ?
lesbian?
gay?
lesbian?
straight kn sng..ish3
:)

AidiL aFiFi said...

mmg la...golongan neh mana reti nak buat macm tuh..mreka neh seperti amat brnafsu kpd kaum sejenis..walhal ia ditegah agama

ayiel said...

terbaekkkk wok!!!

AidiL aFiFi said...

haha ye la,,muna oi.

NaRuFiQ said...

bila hati kita lalai , kurang ilmu agama , tanpa segan silu kita berjaya menjadi jahat yang sebenar-benarnya.....maka apa tindakannya? kembali kepada ajaran yang diredhai ALLAH....fokus kepada seluruh umat islam yang lalai dan bukan fokus untuk golongan ini....semoga ALLAH memberi rahmat kepada seluruh umat ISLAM yang lalai....(nasihat utk diri sendiri yg selalu lalai)

AidiL aFiFi said...

insyaALLAH bro..jika kita diberi kesempatan...sama2lah kita mencegahnya dari tros berleluasa..

syakirin isa said...

wah aidil....hebat entry kali nie eh...

AidiL aFiFi said...

xde la hebat mana biasa2 aja