ADAKAH ANDA SERONOK DENGAN KERJA ANDA?

Share from ::  ustaz Ahmad munawir


Menurut seorang pakar psikologi kerjaya Dr Sophie Rowan…mengatakan ada empat perkara yang kita ada pada diri kita untuk mendapatkan kepuasan dan kegembiraan ketika melaksanakan tugas seharian.
Empat perkara itu ialah:

1-            Do something you like doing
2-            Do something that suits your personality and work style
3-            Do it well
4-            Treat people well

1-            Buat sesuatu kerja yang kamu suka (kena didik diri utk mencintai kerja yang dilakukan)
2-            Buat sesuatu kerja yang sesuai dgn personaliti diri dan gaya kerja (mesti rasa bangga dengan kerja  
                kita walaupun apa jua tarafnya.
3-            Buat kerja kita sebaik-baiknya(berikan komitmen yang tinggi pada kerja kita)
4-            Layanlah manusia dengan layanan yang baik(Jagalah hubungan dengan teman sekerja)

“ Do those four things cosistenly throughout your career and you likely to have a pretty good time at work”

Kadangkala kita ini ….adakalanya rasa…malas….lemah semangat….tiada komitmen…..tidak ambil kisah….dan sebagainya dengan kerja kita…ingatlah kerja kita itu adalah suatu amanah…..

Diceritakan di dalam riwayat yang shahih:


Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)”

(Muslim)

Anggaplah kerja kita sebagai amanah yg jika kita menunaikannya….dapat pahala…dan pahala membawa kita ke syurga… pasti kita akan rasa gembira dengan kerja kita …..amiinnn




3 comments:

♥Nur Ayuni Khalib said...

nice sharing:) tq

Unknown said...

thankss

Muhammad Adam bin Roslan said...

Aidil, aku x brapa paham dengan hadis tu.. kalau ko boleh terangkan lagi bagus.. :)