kesinambunagan n penerangan jelas hadis dalam entri ::: ADAKAH ANDA SERONOK DENGAN KERJA ANDA?

mengenai hadis didalam enrti ku iaitu :: 

ADAKAH ANDA SERONOK DENGAN KERJA ANDA?

sila klik disini

mengenai hadis nya yg ditanya oleh sahabat ku adam roslan..

Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. 
Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)”

(Muslim)

ini jawapannya...

KETERANGAN HADIS;

Hadis ini menerangkan tentang amanah suatu tajuk yg cukup hebat….mari kita lihat penerangan yang ditulis oleh ulamak Islam antaranya Imam An-Nawawi :

Sesunggunhnya amanah itu…adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan di dalam hati manusia.

Menurut Imam An-Nawawi..amanah di sini bermaksud segala tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah swt..kepada hambanya..dan ianya merupakan akujanji manusia dengan Allah ..iaitu janji nabi Allah Adam a.s bapa kepada segala manusia..dengan Allah..... yang berjanji akan memikul amanah yang sebelum itu ditawarkan kepada langit dan bumi..bukit dan lautan…semuanya menolak untuk menerima amanah tersebut..kerana beratnya tanggungawab yang akan dipikul dan besarnya seksa Allah sekiranya kita tak dapat melaksanakannya
.
Dan berkata ulamak hadis apabila amanah itu diberikan kepada seorang hamba yang beriman maka ianya akan masuk ke dalam hatinya dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk menjaga dan menunaikannya…dan diberikan kepada mereka yang berhak.

Kemudian ulamak menerangkan lagi bahawa amanah itu akan hilang sedikit demi sedikit dari hati seorang hamba…apabila hati seorang hamba itu tidak dihiasi dgn sifat amanah..maka hilanglah cahaya keimanan di dalam hati secara beransur-ansur seumpama titik hitam..yang bertukar warnanya pudar sedikit menjadi seumpama bengkak seterusnya hanya tinggal tanda kemerahan dan seterusnya bertukar menjadi seumpama cairan jernih yang tidak berwarna dan berbentuk lagi.

Adapun yg dimaksudkan dengan tidur di sini ialah sifat lalai..tidak mengambil berat dan tidak bertanggungjawab ..kerana orang tidur itu diumpamakan dengan sifat orang yang membiarkan sahaja dirinya terlena dari sedar..dari mengambil berat kepada buat tak kisah lantaran dibuai oleh mimpi indah.

Kemudian Ulamak hadis menerangkan pula bahawa nabi saw mengambarkan di akhir zaman nanti.. amanah yang Allah swt turunkan kepada seorang lelaki di dalam satu kaum.ataupun...masyarakat itu tidak akan dijalankan dengan penuh tanggungjawab malah dikhianati..Ketika itu ada orang yang mendakwa…lelaki ataupun tokoh yang dikatakan bertanggungjawab itu apabila diselidiki..maka orang ramai akan mendapati banyak kelemahan pada dirinya…..di amungkin orang yang amanah menunaikan sembahyang..puasa zakat dan haji…tetapi dia juga adalah seorang lelaki yang menipu di dalam perniagaannya.

Ada orang yang amanah dengan sikapnya tidak menipu…setia dan jujur..tetapi tidak menunaikan amanah solat yang difardhukan kepadanya…Ada orang yang rajin beribadah..malah menjadi tokoh agama dalam masyarakatnya tetapi kadangkala tidak amanah dengan wang hak milik orang ramai yang diamanahkan kepadanya untuk disimpan.Ada orang yang baik...ramah…pemurah..tetapi tidak amanah pula dengan kerja yang dilakukannya…ponteng dan terbengkalai kerjanya.

Oleh itu secara keseluruhannya…marilah kita menjauhi daripada menjadi..manusia yang tidak amanah dengan kerja…ibadah…solat…sedekah…peranan sebagai bapa..suami…isteri…pemimpin..rakyat…atau siapa sahaja dan apa jua tugas kita..hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi kerana segala yg diamanahkan kepada kita akan ditanya oleh allah di akhirat nanti…sebagaimana sabda nabi saw di dalam riwayat yang lain:

"كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته

Ertinya; Kamu semua adalah penjaga( amanah) dan kamu akan ditanya tentang apa yang kamu jaga(amanah) itu.

(hadis Shahih riwayat Bukhari/Muslim))

Wallahua’alam bissowabb……….









4 comments:

Muhammad Adam bin Roslan said...

ok, terima kasih ye atas penerangan :)

Unknown said...

sama2 adam...

Mohammad Adhwa said...

penerangan yg baik..
mudah utk memahaminya.. :D

Unknown said...

haha...btoi tuh.insyaALLAH mudah memahami..