COUPLE @ CINTA DI KALANGAN REMAJA BAWA KE SYURGA ALLAH ATAU SYURGA DUNIA?

ASSALAMUALAIKUM

kali neh adalah pasal seorang hamba ALLAH 
bertanya kepada seorang ustaz mengenai
COUPLE

soalannya:::

COUPLE @ CINTA DI KALANGAN REMAJA BAWA KE SYURGA ALLAH ..
ATAU SYURGA DUNIA?


Assalamualaikum ustaz...
maaf mengganggu...
saya ada satu soalan...
adakah cinta di zaman remaja mampu membawa kebahagiaan hingga ke syurga ???



PENYAJAK CINTA ARAB ADA MENYATAKAN :


أَنـا دائمـا .. أُضحــك بصـــدق .. وأَحـب بصـدق .. وأَحــزن بصـدق ..

لا أَجـيد أُبـدا لعـــب الادوار ..ولا أَتُقـن لبـس الأَقنعــة ..

عندمـــا أَبكـي فأَنـا حقـــا أتالــم ...
...
وعندمــا أُضحـك فأَنــا فعــلا سعــيد ..

أَحــب مشــاعـري... كمــا هــي..!!

لا اغير من نفسي لأي شخص ،ولا حـتى لـِ إرضـآء أَي شخص

ولا اعبث بشخصيتي ....... ليرضي الآَخرِين..

هـذا هو أنــــــــآ >> •وذلكَـ هو {ـأَنــآ } ~ •

Aku sentiasa ketawa dengan sebenar-benar ketawa....
Dan aku mennyintai...dengan sebenar-benar cinta,
Dan aku bersedih dengan sebenar-benar kesedihan
Aku tidak pandai berlakon ..mahupun berpura-pura....
Bila aku menangis aku benar-benar terluka.......
Bila aku ketawa aku benar-benar gembira...
Aku sukakan perasaanku sebagaimana ia....
Tidak akan aku ubah diriku untuk orang lain......
Dan tidak pula untuk mengembirakan sesiapa pun....
Dan aku tidak akan menjatuhkan maruahku....
Kerana itulah diriku...kerana itulah diriku......


PENGERTIAN CINTA MENURUT ULAMAK ISLAM :



CINTA DAN IMAN MENURUT PROFESSOR DR YUSUF AL-QARADHAWI:

"              Sabda Nabi saw :

والذي نفسي بيده لن تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولن تؤمنوا حتى تحابوا" (حديث شريف رواه مسلم).

Ertinya : 
Dan demi diriku yang berada di dalam genggamannya tidak akan masuk ke dalam syurga sehinggalah kalian beriman...
dan tidak akan sempurna iman kalian sehinggalah kalian saling cinta menyintai.
(hadis riwayat imam Muslim)


Cinta mempunyai makna yang lebih khusus daripada sukakan seseorang..
cinta juga ada kesan yang mendalam...
adakalanya jika katakana yang kita sukakan seseorang atau kita sukakan peribadinya..
tidaklah bermakna kita cintakan dia sehingga membekas di hati...
kerana cinta adalah soal hati sedangkan suka adalah sebaliknya.

Sesungguhnya cinta itu adalah sebuah perasaan yang hidup di dalam diri seseorang...
yang menggelorakan hati...
yang menentukan perasaan tenang..gelisah...takut..gembira,...bahagia derita....
yang bertapak di dalam hati anak Adam.

Sekiranya di dalam teori peraturan alam yang menentukan bumi..bintang...planet di cakerawala yang teratur dan berjalan mengikut aturan Allah...
maka begitu juga hati..
ada peraturannya supaya hati manusia ini mengikut hukum hakam Allah yang menjaga hati dari rosak..
terluka dan kecewa...
di dalam berhubungan antara sesama manusia..
sehingga mengalirkan air mata.


Telah berkata seorang bijak pandai ilmu Tasauf dan huga seorang penyair yang terkenal 
Syeikh Jalaluddin Ar-Rumi :

إن الحب يحول المر حلواً، والتراب تبراً، والكدر صفاءً، والألم شفاءً، والسجن روضة، والسقم نعمة، والقهر رحمة، وهو الذي يلين الحديد، ويذيب الحجر، ويبعث الميت، وينفخ فيه الحياة ...".
Ertinya :
Sesungguhnya ..cinta itu dapat mengubah sesuatu yang pahit menjadi manis...
.dan pasir menjadi kilauan emas..
yang keruh menjadi jernih....
yang sakit menjadi sembuh...
penjara menjadi taman...
derita menjadi nikmat....
yang kasar menjadi penyayang....
dan cintalah yang mampu melembutkan besi...
yang melembutkan batu yang keras.....
menghidupkan hati yang mati..
dan meniupkan semangat ke dalamnya.


JENIS-JENIS CINTA...DI DALAM ISLAM:



Cinta itu ada bermacam jenis :

1 – Cinta kepada Allah

Firman Allah :

قلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (31)

Ertinya :

Katakan( wahai Muhammad) sekiranya kamu menyintai Allah maka ikutilah aku maka Allah akan menyintaimu dan akan mengampunkan segala dosamu..
sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.


Inilah cinta sejati dan yang paling agung…
yang wajib dirasai oleh semua manusia yang inginkan syurga dan kenikmatan di akhirat..
tiada perasaan cinta yang dapat menenangkan jiwa…
dan menyebabkan kita rasa selamat dan bahagia melainkan cinta kepada Allah.. 
jika kita tidak mencintai dan dicintai Allah..
maka wajiblah ke atas kita kemurkaannya…
amat malang bagi kita jika kita dimasukkan ke dalam nerakanya..
yang amat pedih dan derita siksaannya.Cinta kepada Allah pasti tiada derita…
pasti tiada kecewa.


2 – Cinta kepada Rasulullah saw:

Sabda Nabi saw:

عنْ اَنَسٍ اَنَّه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يُؤمِنُ اَحَدُكُمْ حَتّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ نَفْسِه وَمَالِه وَوَلَدِه وَوَالِدِه وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ

Ertinya :
Tidak beriman seseorang itu melainkan aku ini lebih dicintainya melebihi dirinya..hartanya..ayahnya dan anaknya..dan manusia seluruhnya. 
(Hadis Shahih)


Cinta kepada Rasulullah saw adalah cinta yang kedua unggul dan wajib kita rasakan selepas menyintai Allah.
Cinta kepada rasul adalah salah satu pelengkap kepada kesempurnaan iman.
Menyintai rasul itu bermaksud menuruti apa sahaja perintah Nabi saw…
serta mngikuti sunnah dan cara kehidupannya…
dan dijadikan panduan hidup kita di dunia.
Cintakan Nabi membawa maksud kita akan menurutinya dan sanggup mengorbankan apa sahaja demi baginda saw….
untungnya cinta ini akan menyebabkan diri kita diakui sebagai umatnya..
untuk mendapatkan syafaatnya.
.menjadi jirannya di dalam syurga.


3 – Cinta sesama makhluk:

Cinta yang ketiga ini banyak..dan marilah kita ambil salah satunya…
iaitu bercouple….
menyintai seorang insan yang bukan mahram kita..
iaitulah percintaan antara lelaki dan wanita…

Pada dasarnya..
cinta itu adalah fitrah manusia yang tidak dapat dihalang..
kerana manusia memang dijadikan Allah..
sebagai makhluk yang memerlukan pasangan sebagai peneman hidupnya di atas muka bumi ini.

Firman Allah swt:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

Ertinya :
Dan diantara tanda-tanda kekuasaannya ialah Allah yang menjadikan kamu dari Adam kemudian dijadikan dari Adam itu isterinya Hawa supaya kamu akan merasa tenang(kepada isterimu) dan dijadikan antara keduanya(suami isteri) perasaan kasih dan saling menyayangi (cinta)
(Ar-Rum :21)



BOLEHKAH SAYA BERCOUPLE...
BERCINTA DAN CINTA SAYA MEMASUKKAN SAYA KE SYURGA?

Di dalam Islam bercouple dengan niat dan tujuan untuk menuju ke gerbang perkahwinan adalah sesuatu yang diharuskan.

Apabila seseorang itu sudah berazam untuk berkahwin dan mampu untuk mendirikan rumahtangga...
maka diharuskan baginya..
melihat dan mengenali bakal isterinya dengan syarat dan kaedah yang dibenarkan oleh Islam..

Di dalam kitab feqah yg muktabar ada disebutkan tentang harusnya melihat kepada bakal isteri dan mengenalinya....
supaya si lelaki berpuas hati dengan pilihan hatinya..
.kemudian disuruh kita untuk meminang dan seterusnya melansungkan perkahwinan secepat mungkin.

Bila ditanya adakah couple boleh di dalam Islam dan bolehkah cinta bercouple itu membawa ke syurga....? Maka jawapannya boleh,...
ikutilah syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak.
Lihat..
berkenal..
bertunang 
dan
 berkahwin.....!!
Selepas berkahwin jadilah pasangan yang bercinta yang hebat....
ke mana sahaja pergilah...
di mana sahaja hendak berkasih sayang buatlah....
bila sahaja nak memadu asmara..
silakanlah...

Ini adalah kerana bercouple dengan adanya ikatan yang sah adalah lebih selamat dan bertanggungjawab...
suami ada perananya di dalam Islam dan isteri pun ada peranannya di dalam Islam..
apatah lagi bila mereka menimang cahaya mata..
sudah tentulah bertambah lagi taggungjawab mereka di dalam Islam.

Couple suami isteri yang beriman yang mendahulukan cinta kepada Allah dan rasul 
akan membawa kepada kebahagiaan kerana perhubungan mereka berlandaskan iman dan taqwa.

Maka tiadalah kecurangan..
pengabaian tanggungjawab..
dera..benci...pergaduhan ..penganiayaan perceraian...
dan sebagainya.

Couple yang membentuk keluarga bait Muslim yang bahagia..
taat kepada perinntah Allah..
melaksanakan segala amalan yang dituntut..
daripada ibadah..sedekah..pergaulan ..
dan hukum Islam..
maka bahagialah mereka berdua..
bersama hingga ke syurga.

Adapun couple secara yang ada sekarang ini yang tidak mengikut Islam..
bercinta...
berdua-duaan dengan budaya bafsu yang tidak bertepi....
ke hulu ke hilir berkepit....
ghairah dengan mabuk asmara...
tanpa dibatasi hukum hakam agama... 
maka pastinya..
si dara akan hanyut dibuai gelora nafsu...
maka sang teruna akan tercabar....
bermulalah episode..
hitam di mana segala-galanya akan diserahkan kepada sang teruna walaupun belum ada apa-apa ikatan...
maka rosaklah si dara ...
terkorban dengan janji palsu dan dusta.....
mempalitkan noda dan dosa..
.kerana perbuatan zina....
mereka berdua menjadi couple yang dilaknat Allah dimurkai...
dan jika tidak dilaksanakan hokum Allah
 dan bertaubat jdilah mereka couple malang yang berterusan dosanya hingga ke neraka...
Wali’yazubillah...!!

Jadilah couple yang takut kepada azab Allah...
tanamkanlah niat untuk membina ikatan yang sah...
berusahalah ke arah itu..
sementara itu sabarlah...
janganlah kita rosakkan hubungan cinta kita dengan budaya maksiat dan nafsu....
tetapi jagalah ianya...
siramilah ianya dengan kasih sayang yang menyuburkan kekuatan untuk dipertemukan 
sebagai suami isteri..
couple yang sah...
dan barakah.

Hindarilah cinta bebas...
mengamalkan perhubungan yang menghalalkan maksiat...
cinta bebas yang tiada perasaan malu dan maruah...
cinta bebas....
yang menanamkan benih haram di perut ibu yang malang...
ibu yang tiada ikatan pernikahan...
ibu anak haram...
ibu yang diharamkan..
menjejakkan kakinya kembali ke rumah ibu dan ayahnya....
ibu yang belum lagi bersedia menjadi ibu..
.ibu malang yang malang amat malang..malang.malang......
sedangkan lelaki..
bermuka jongos bertopengkan warak berhati syaitan...
bernafsu iblis...
bila ditanya...
apakah kamu tak mahu bertanggungjawab...
maka dia akan menjawab...
”ada aku kesahhhhhh.....”!!
Inilah couple neraka...neraka....neraka........
subhanallah ....
jika tidak dilaksanakan hukum Islam ke atas mereka dan jika mereka tidak bertaubat.....

Bercintalah...
bercouple lah....
asalkan syariat diikuti......
barulah cinta kita membawa ke syurga
insyaALLAH..


No comments: