HaRGaiLaH jASa ..bERbaKTiLah kiTA

Seorang lelaki kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. wajahnya sugul spt memikirkan sesuatu.




''Mengapa semua org mengatakan aku kedekut. Padahal semua tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia ini, akan aku berikan semua harta kekayaanku kepada badan2 kebajikan'' kata org kaya trsebut kpd seorg pelayan lelaki. Pelayan lelaki itu terdiam sejenak memikirkannya & kemudiannya berbicara.'' akan saya ceritakan kpd tuan tentang kisah ayam dan lembu.'' 


Pada suatu masa dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam berbeza sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu kpd sang lembu.


Ayam berkata kpd sang lembu ''semua orang berkata begitu manis tntg dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati kerana setiap hari kamu mmberikan mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dgn aku?? Aku mmberikan semua yg aku punyai. Aku memberikan manusia daging2ku dan bulu2 ku malahan mereka memasak dan membuat sup kakiku utk kesihatan. Tiada haiwan yg berbakti sebegitu banyak sepertiku. Mengapakah aku masih tidak dihargai??''


''Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?'' tanya si pelayan lelaki kpd org kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dgn penuh minat dan khusyuk hanya menggelelgkan kepala.


Sang lembu berkata dengan begitu tenang ''Mungkin kerana aku memberikannya semasa aku masih hidup......."



moral or the story:: 


berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan  
sihat. Jangan menunggu tika kita sudah meninggal 
dunia, baru mengharapkan org lain membuat kebajikan 
kpd kita. kelak tiada pasti gunanya.






                                                     hidup biar berjasa :PKPIM

2 comments:

smilenajah93 said...

along ! haha~

AidiL aFiFi said...

haha apa kau nak HAMIMAH,,,...