ASSALAMUALAIKUM
Kali neh aku nak kasi tau mengenai suatu hadis...
kalau lah anda semua pernah menjumpainya
AWAS!!!
SILALAH BACA HINGGA SELESAI
Baru-baru ni saya ada terima artikel ini melalui facebook shbt saya.
Apa yang saya nak tahu, adakah artikel ini benar @ hanya digembar gemburkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan ummat Islam??
PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA-RAMADHAN 2012
Ketika bangsa Yahudi sedang asyik mencipta filem 2012
dan
mentafsirkan akan berlaku malapetaka hebat dunia pada tahun 2012,
sebenarnya Rasullullah s.a.w. telah memberi peringatan kepada kita lebih awal cuma kita yang terlepas pandang.
• UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES 2010
Calendar Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
Cuba kira,1 RAMADAN pada tahun 2012 jatuh pada 20 JULY hari jumaat,jadi 3 AUGUST 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat juga.
Sama dengan hadis nabi mengenai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 RAMADAN .
Berdekatan bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur,
kehadiran satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,
yang tinggal cuma 1/3 sahaja.
(yang NASA Amerika memberitahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas berdekatan bumi).
Adakah kita semua ini tergolong dalam 1/3 tu.......
ALLAH sahaja maha mengetahui.............
cuba kita tengok hadis nabi di bawah ini
dan
kenyataan mengenai kalender Islam 2012.
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal. Kami bertanya: "Suara apakah itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan hancur binasa".
Selepas membaca artikel ini,terpulang kepada sesiapa hendak percaya atau tidak.
Hakikatnya sememangnya hari kiamat itu tidak diketahui dengan tepat bila akan berlaku tetapi tidak salah sekiranya kita menjadikan motivasi,
inspirasi,
kajian,
peringatan
Rasullullah s.a.w. ini supaya kita lebih sentiasa bersedia sebelum tiba hari yang tiada gunanya takhta,harta,isteri,rakan-rakan,kad kredit,kereta,saham dan niaga.
TETAPI AWAS!!!
ini yg aku jumpa laa hujah2 nya INI JAWAPAN DARI JAKIM
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah
Do'if Jiddan atau Maudu'.
tidak boleh langsung berhujjah dengannya.
Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad.
Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar.
Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ;
"Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a'lam...
semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
Wassalam...
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
apa yg pasti kiamat akan berlaku cuma kita x mengetahui..
Hanya Allah mengetahui...
seharusnya kita sibuk kan diri dgn ibadah kpd Allah..
sentiasalah bertaqwa kpd ALLAH dgn sntiasa mnambah keimanan kita...
sentiasa lah Melaksanakan amar maaruf nahi mugkar,
Berbuat kebaikan dan berkasih sayang sesama manusia ,
Bertaubat dan beristghfar kepada Allah,
Melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya....
semua ni adalah utk bekalan kita di sana...:)
No comments:
Post a Comment