ASSALAMUALAIKUM
pernahkah anda memusuhi orang lain??
pernahkah anda mengkhianati orang lain??
pernahkah anda menyayangi orang lain??
jika pernah menyayangi orang lain bertuahlah anda kerana
sabda Rasulullah s.a.w ::
tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.
artikel ini ku ambil dari ustaz munawir. mengenai seorang hamba Allah dan jjirannya
inilah kisahnya
Baru-baru ini…
ada seorang anak murid pengajian yang menceritakan tentang jirannya…
yang suka mencari gaduh dengannya…..
adakalanya jirannya itu memaki hamun dirinya hanya kerana sebab yang tidak munasabah…..
“Ustaz ,…
.hari tu dia maki hamun saya kerana kononnya daun pokok mempelam saya banyak jatuh ke lamannya…menyebabkan dia penat menyapu…
”Saya pun apa lagi ustaz potong ranting pokok yang menghala kerumahnya…
takut kalau ada lagi daun yg gugur…
ke laman rumahnya…
tetapi dia tetap mengatakan daun pokok mempelam saya jatuh ke rumahnya…
yang herannya ustaz …
memang saya yakin tak ada lagi daun yang gugur ke laman rumahnya….
Saya pun ambil keputusan untuk menebang pokok mempelam yang amat saya sayangi itu kerana jasanya banyak kepada kami…
bagi saya inilah nikmat yang dikurniakan Allah kepada kami….
sehingga saya sekeluarga dapat merasai nikmat keenakan buah yang tak jemu berbuah untuk kami.
Sedihnya tuhan aje yang tau ustaz……
menebang pokok….
mempelam kesayangan kami…..
anak-anak saya menangis….
sedih…..!!!
tapi ustaz saya mengaji ngan ustaz…
ustaz kata …
kita kena hormati jiran…
jaga hati jiran….
jadi saya rasa tindakan saya ini betul….
Ustaz saya seronok dengar janji
Nabi saw di dalam hadisnya…
bahawa barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah berbuat baik dengan jirannya….
ustaz…
saya nak masuk syurga…..
saya nak sangat-sangat masuk syurga….
saya tak mahu hanya kerana sebatang pokok mempelam ini saya tak dapat masuk syurga…..!!!!
“Ustaz tak lama selepas saya menebang pokok mempelam kesayangan kami…..
timbul pula masalah lain denga jiran kami…..
jiran kami menuduh tangki najis tandas kami busuk dan berbau sehingga mengganggu dirinya dan keluarganya….
menyebabkan dia tidak ada selera nak makan.
”dan katanya banyak lalat yang bertandang ke rumahnya menghinggapi makanan…
dan dia mengugut akan menyaman saya jika dia dan keluarganya menghidapi penyakit taun.’
“Ustaz atas dasar sabar dan beriman dengan janji Allah…..
saya hubungi Indah Water….
dan membayar dengan harga yang mahal jugak semata-mata menyedut…
najis yang kononnya melimpah ruah dari tangki najis rumah saya.
” Jiran saya pula dengan muka bengis berdiri bercekak pinggang memerhatikan upacara menyedut najis itu.”
Ustaz…
sebenarnya tak ada bau busuk pun….
sebab tangki najis saya ok.takde masalah…
sebab kata pegawai dari Indah Water tangki saya takde masalah….
kenapa panggil kami….
kami tengok takde pun limpahan najis..?
Saya jawab kepada pegawai tu……
jiran saya yang kata tangki tandas saya bermasalah ada bau busuk yang berpunca dari tangki tandas rumah saya …!!
Ustaz tahu apa pegawai tu jawab..?
Bukan tangki najis rumah awak yang busuk…
tetapi hati jiran awak tu yang busuk……
lebih busuk dari tangki najis rumah awak….!!!
” Ha ha ha saya ketawa sambil mengelengkan kepala…
geli hati ustaz….!!!
Ustaz tak lama setelah itu….
suatu hari…
datang …
penguatkuasa dewan bandaraya ipoh …
bahagian kesihatan dan kawalan penyakit…..
buat pemeriksaan di rumah saya….
Ya Allah saya amat terkejut ustaz….
saya bertanya kepada pegawai kenapa tiba-tiba dating mengejut..
dan kenapa hanya rumah saya sahaja yang diperiksa…
sedangkan rumah orang lain tidak diperiksa…..
pegawai itu menjawab….
jiran sebelah rumah awak buat laporan yang rumah awak kotor…
dan laman rumah awak ni banyak sampah sarap yang menyebabkan nyamuk banyak membiak…..
maaf encik setelah kami periksa…
laman rumah encik ni bersih dan takde masalah…
maafkan kami….
kerana kami hanya menjalankan tugas mengikut laporan dan aduan yang kami terima.”
Ustaz…..
saya rasa macam dah tak boleh bersabar lagi…..
perlukah saya pergi kerumahnya dan tumbuk aje mukanya……
Ustaz saya rasa macam diperbodohkan aje……
apa yang perlu saya lakukan ustaz….??
adakah perlu saya jual rumah ini dan berpindah dari sini??
Ustaz kenapa orang yang selalu mengaji dan nak ikut Islam selalu diuji sebegini?......
tolonglah beri jawapan agar jiwa saya tenang.
jawapan USTAZ:::
Tuan…..
Terima kasih atas soalan yang diberikan dan saya amat-amat bersimpati dengan keadaan tuan…Diharapkan tuan banyak bersabar dan anggaplah ini adalah ujian Allah yang diberikan olehnya sebagai penebus dosa kita
dan
seterusnya menjadikan kita bersih dari dosa
dan
dimasukkan kita ke dalam syurga yang dijanjikannya.
Nabi saw pernah mengingatkan kita bahawa diantara tanda-tanda orang beriman itu ialah mereka yang menjaga hubungan antara dirinya dengan orang lain.
Sikap menyambung silaturrahim merupakan sifat yang amat dipuji di dalam Islam kerana
menjaga kesefahaman dan kesatuan merupakan asas kekuatan umat Islam.
Maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan sifat ini sebagai tanda keimanan dan merupakan kunci menuju ke syurga Allah.
Sabda Nabi saw:
{ حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ عَنْ أَبِى حَصِينٍ عَنْ أَبِى صَالِحٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ .
Ertinya :
Sabda Rasulullah saw
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya…
dan
barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya..
dan
barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap perkara yang baik ataupun diam
Di dalam hadis ini..
Nabi saw menyeru umatnya agar menjaga tiga perkara yang menjadi asas kesefahaman dan kesatuan umat Islam…
iaitulah
1- Menjaga hubungan kita dengan masyarakat yang berjiran dengan kita.
2- Menjaga hubungan kita dengan masyarakat yang menjadi tetamu kita
3- Menjaga percakapan dan perkataan kita ketika berkomunikasi dengan masyarakat yang berhubungan dengan kita.
berbaiklah sesama jiran
Menurut ulamak hadis…
mana –mana individu yang tidak menjaga hubungan dengan jirannya dan menjaga hak berjiran adalah seorang yang jahat tingkahlakunya..
dan layak mendpat kemurkaan Allah dan bakal dimasukkan ke dalam neraka.
Barangsiapa yang memberikan layanan yang buruk kepada tetamunya.
Maka dia itu.adalah orang yang jahat akhlaknya.
Barangsiapa yang menggunakan mulutnya untuk mencaci dan memaki hamun saudaranya maka
dia itu adalah orang yang jahat akhlaknya.
Bagi sesetengah orang mungkin cerita adab berjiran ni perkara kecil…..
tetapi sebenarnya…
dari perkara sebeginilah yang akan membawa bala yang lebih besar.
Nabi saw pernah manyatakan bahawa sekiranya seseorang itu ingin diketahui perangainya adakah baik ataupun tidak maka tanyalah jirannya……
jika jirannya memujinya dengan perkataan yang baik ..
maka baiklah dia..
tetapi
sekiranya jirannya mencelanya dengan kata yang keji maka dia itu jahatlah orangnya.
Di harapkan tuan bersabar dengan tingkahlaku jiran tersebut dan teruskanlah melayannya dengan baik….
ingatlah tuan setiap caci maki…
fitnah..
tuduhan…
si jiran ini semuanya akan menjadi pahala..
kepada tuan…
dan ada dosa kita yang Allah ampunkan…
insyaallah sekiranya tuan bersabar dan yakin dengan apa yang dinyatakan oleh Nabi saw tentang janji Allah……..
tuan akan dimasukkan ke syurga Allah melalui pintu pahala berjiran.
Saya doakan tuan…
Berjaya dan bahagia….
kita doakan kepada jiran itu..
agar Allah bukakan pintu hatinya untuk berhijrah menjadi jiran baik…
kerana jika tidak….
Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan perbuatannya itu…
Apatah lagi di akhir zaman…
ini balasan Allah itu akan dapat dilihat di dunia ini lagi.
akhir kata.. hidupkan lah semangat kejiranan...
agar ia tersemat dalam diri kita senantiasa..
................................
“BARANGSIAPA YANG MENCARI JALAN YANG MEMBAWA DIA KEPADA ILMU
MAKA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN MENUJU KE SYURGA.”
~~renung2 kan dan selamat beramal~~
5 comments:
buat baik dibalas baik kan kan :)
nak brtanya skit brkenaan dgn hadis yg mula2 tu..
"tidak akan masuk syurga seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya
sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
yg selalu dgr,
"tidak BERIMAN seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"
ke memang ada hadis yg berkenaan tdk masuk syurga..
boleh terangkan..
maaf jika tersalah..waAllahu'alam..
terima kasih kerana memperingati saya...
saya telah betolkan kesilapan tersebut..
maaf atas segala kekurangan dan kesilapan..
terima kasih....
terima kasih kerana berkongsi ye.. :)
sama-sama adam... :P
Post a Comment